Sun, 17 May 2026
Headlines:
Jalan Lahad Datu-Tawau pulih dengan lencongan
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Jalan Lahad Datu-Tawau pulih dengan lencongan
LALUAN lencongan sementara membolehkan pengguna melalui jalan utama berkenaan.
LAHAD DATU: Tindakan pantas Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor berjaya memulihkan akses di jalan utama antara Lahad Datu dan Tawau yang runtuh akibat kegagalan benteng jalan, pada Jumaat.

Laluan lencongan sementara siap dibina pada jam 6.30 petang, sekali gus membolehkan kenderaan kembali menggunakan laluan itu selepas lebih tiga jam ditutup.

Advertisement
Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata, kejadian berlaku di CH97+000 berhampiran Silam pada jam 2 petang apabila kegagalan benteng merosakkan kira-kira 50 meter jalan.

Keadaan jalan yang terputus sebelum ini.“Tindakan segera diambil untuk menyambung semula laluan bagi mengurangkan kesesakan yang menjejaskan pengguna jalan raya antara Lahad Datu dan Tawau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerja penambakan jalan siap pada jam 6.30 petang dan JKR akan terus memantau kawasan itu dari semasa ke semasa bagi memastikan laluan kekal selamat digunakan orang ramai,” katanya.

Firuz berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kegagalan benteng masih dalam siasatan.

Advertisement
Terdahulu, kejadian itu memaksa penutupan penuh jalan berkenaan, menyebabkan kenderaan terkandas di kedua-dua arah berikutan tiada laluan alternatif.

Pengguna jalan raya dari daerah berhampiran, termasuk Semporna, Kunak, Sandakan dan Kota Kinabalu turut terjejas akibat gangguan itu.

Advertisement
Gambar dan video kejadian tular di media sosial dengan orang ramai menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan serta berhati-hati.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here