Sun, 10 May 2026
Headlines:
Remaja Bajau Laut dibicarakan Januari tahun depan
Published on: Friday, May 08, 2026
Published on: Fri, May 08, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Remaja Bajau Laut dibicarakan Januari tahun depan
Pada 2 April lalu Mohd Nico mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berada di Sabah tanpa sebarang pas sah untuk memasuki atau tinggal di Malaysia pada 15 Mac tahun ini kira-kira jam 3 petang di kawasan One Borneo Mall.
Kota Kinabalu: Seorang remaja Bajau Laut berusia 18 tahun yang didakwa atas kesalahan memasuki negeri ini secara tidak sah akan dibicarakan pada 18 hingga 20 Januari 2027.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menetapkan tarikh itu bagi perbicaraan Mohd Nico Ansboy yang kini merupakan pelajar di sebuah pusat pembelajaran alternatif kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Advertisement
Pihak pendakwaan turut menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan dan dijangka memanggil antara empat hingga lima saksi sepanjang prosiding perbicaraan.

Pada 2 April lalu Mohd Nico mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berada di Sabah tanpa sebarang pas sah untuk memasuki atau tinggal di Malaysia pada 15 Mac tahun ini kira-kira jam 3 petang di kawasan One Borneo Mall.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000, penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan sebatan sehingga enam kali jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut melanjutkan jaminan yang diberikan kepada Mohd Nico sebelum ini selepas beliau berjaya mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan dirinya dilahirkan di Sabah.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan Inspektor Deanivo Sittin manakala Mohd Nico diwakili peguam Sherzali Herza Asli.

Penahanan Mohd Nico sebelum ini mendapat perhatian di media sosial susulan isu individu tanpa kerakyatan di Sabah dan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis sebelum didakwa di mahkamah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here