Sun, 10 May 2026
Headlines:
Aktiviti simpan,  jual ayam sabung secara haram tumpas
Published on: Friday, May 08, 2026
Published on: Fri, May 08, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Aktiviti simpan,  jual ayam sabung secara haram tumpas
FOTO untuk ilustrasi sahaja.
SEMPORNA: Pasukan Petugas Khas Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) melumpuhkan aktiviti penyimpanan dan penjualan ayam sabung tanpa permit sah dalam satu serbuan Operasi Bersepadu Khazanah - Op Taring Kandang di Kampung Tanjong Kapor pada Selasa.

Dalam operasi tersebut seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Advertisement
“Suspek dipercayai menjalankan aktiviti menternak dan menjual ayam sabung baka luar negara yang diseludup masuk tanpa permit sah sejak 2024. 

“Ayam-ayam tersebut dijual pada harga mencecah sehingga RM8,500 seekor,” menurut PGA Kunak dalam kenyataan pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu Pihak berkuasa turut merampas 47 ekor ayam (jantan dan betina), peralatan gelanggang serta ubat-ubatan yang diperoleh dari Thailand dan Filipina dengan anggaran nilai keseluruhan RM288,650.

Tangkapan dan rampasan barang kes diserahkan kepada pihak JPVS Semporna untuk tindakan lanjut. 

Advertisement
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here