Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merancang mengadakan pemilihan parti itu pada pertengahan tahun ini sebagai langkah strategik memperkukuh organisasi menjelang pilihan raya negeri dan umum akan datang.
Beliau berkata pemilihan dalaman parti dijangka diadakan sekitar Julai atau Ogos.
“Parti Warisan merancang mengadakan pemilihan parti menjelang Julai atau Ogos,” katanya.
Shafie berkata keputusan itu mencerminkan usaha proaktif untuk menyusun semula struktur kepimpinan parti selain mengelakkan masalah pentadbiran yang pernah menjejaskan beberapa organisasi politik di peringkat nasional.
Advertisement







