Thu, 30 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Rotary anjur hari pembelajaran, terus fokus khidmat masyarakat
Published on: Tuesday, April 28, 2026
Published on: Tue, Apr 28, 2026
By: Mohd Nazlie Zainul
Text Size:
Text:
Rotary anjur hari pembelajaran, terus fokus khidmat masyarakat
PARA peserta bergambar kenangan selepas menghadiri Rotary Learning Day Edisi Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Seramai 50 ahli menyertai Hari Pembelajaran Rotary Edisi Kota Kinabalu di Zara Boutique Hotel baru-baru ini.

Dianjurkan Rotary District 3310, program berlangsung sehari itu bertujuan  memberi maklumat terkini mengenai perkembangan Rotary serta sumber yang boleh diakses secara dalam talian dan melalui pihak daerah.

Advertisement
Fasilitator daerah Frederick Tai berkata program sama juga bagi mendidik dan memaklumkan ahli termasuk ahli baharu dan bakal ahli tentang hala tuju kelab.

“Program disampaikan dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan ahli yang lebih selesa menggunakan bahasa berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Rotary merupakan sebuah organisasi khidmat masyarakat yang dianggotai individu daripada pelbagai latar belakang.

“Kami memanfaatkan kepakaran dan profesion mereka untuk melaksanakan projek komuniti dan perkhidmatan kepada orang awam,” katanya kepada media.

Advertisement
Dalam pada itu Frederick memaklumkan projek Rotary tahun ini merangkumi beberapa bidang utama termasuk mempromosikan keamanan, memerangi penyakit, menyediakan air bersih dan sanitasi, kesihatan ibu, menyokong pendidikan, memperkasa ekonomi tempatan serta melindungi alam sekitar.

“Salah satu projek yang sedang dijalankan ialah “Gift of Sight 4.0” oleh Rotary Likas Bay yang memberi tumpuan kepada saringan katarak mata bagi penduduk luar bandar dengan kerjasama Queen Elizabeth Hospital dan hospital utama lain.

Advertisement
“Saringan seterusnya dijadualkan berlangsung di Kota Marudu pada 17 Mei dengan sasaran antara 200 hingga 300 peserta.

“Individu yang dikenal pasti menghidap katarak akan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut dan pembedahan,” ujarnya.

Sementara itu beliau berkata Rotary juga giat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit polio serta usaha pembasmiannya.

Sehubungan itu katanya satu program “End Polio Walk” telah diadakan di Likas Sports Complex pada Ahad lalu bermula jam 7 pagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here