Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Dilarang buru buaya tanpa lesen
Published on: Thursday, April 30, 2026
Published on: Thu, Apr 30, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Dilarang buru buaya tanpa lesen
Jafry berkata, kementeriannya memandang serius insiden konflik manusia dan buaya di Sabah, termasuk di kawasan Lamag dan Segama.
Kota Kinabalu: Kerajaan tidak boleh membenarkan pemburuan buaya secara tanpa lesen kerana ia melanggar undang-undang sedia ada serta menjejaskan kelestarian ekosistem, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Beliau berkata, kementeriannya memandang serius insiden konflik manusia dan buaya di Sabah, termasuk di kawasan Lamag dan Segama.

Advertisement
“Spesies buaya Crocodylus porosus disenaraikan sebagai haiwan dilindungi di bawah Jadual 2 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997,” katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri, Rabu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tindakan pelupusan terkawal (culling) dibenarkan bagi tujuan kawalan populasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mana-mana individu yang ingin mengawal atau mengurangkan populasi buaya boleh memohon kepada Jabatan Hidupan Liar. Ia boleh dilakukan, tetapi hanya dengan permit bagi tujuan kawalan,” katanya.

Menurut beliau, rekod menunjukkan 11 kematian dan tiga kecederaan akibat serangan buaya direkodkan di Sabah pada 2025.

Advertisement
“Dua kematian melibatkan pekerja asing berlaku di Kinabatangan, manakala kebanyakan insiden berlaku di kawasan ladang kelapa sawit ketika aktiviti memancing dan memasang jaring,” katanya sebagai menjawab isu dibangkitkan wakil Lamag dan Segama.

Tamparuli membangkitkan situasi di Tuaran, mengatakan penduduk tidak lagi mendekati sungai disebabkan serangan kerap.

Advertisement
Menjawab isu tersebut, Jafry berkata kementerian telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP), selain meningkatkan taklimat kesedaran dan pemasangan papan tanda amaran di kawasan berisiko.

Di peringkat antarabangsa, beliau berkata Sabah dan Sarawak berjaya memperoleh penurunan status spesies buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II di bawah Convention on International Trade in Endangered Species, sekali gus membolehkan penternakan dan eksport produk buaya secara terkawal hasil pelan pengurusan berkesan.

“Pendekatan Jabatan Hidupan Liar merangkumi operasi bersepadu, pengeluaran lesen pemburuan untuk kawalan populasi, program kesedaran, pemasangan papan tanda amaran serta kajian saintifik,” katanya sambil menambah projek perintis turut dijalankan di Batu Puteh, Kinabatangan.

Mengenai konflik manusia dan gajah, beliau mengakui insiden kematian seorang pekebun kecil berusia 69 tahun di Ladang Begahak 2, Jalan Tungku baru-baru ini.

Katanya, Jabatan Hidupan Liar kini melaksanakan pemantauan pergerakan gajah menggunakan kolar GPS, pemasangan pagar elektrik di kawasan hotspot serta melatih pasukan pengiring gajah dalam kalangan komuniti tempatan bagi mempercepat tindak balas.

“Projek perintis penanaman sumber makanan gajah juga sedang dijalankan bagi mengurangkan pencerobohan ke kawasan penempatan,” katanya.

Menjawab Segama, yang membangkitkan isu pekebun kecil yang mengalami kerugian akibat tanaman semula musnah oleh gajah, Jafry berkata bantuan boleh dipertimbangkan, namun memerlukan maklumat lengkap termasuk nama dan jumlah kerugian untuk tujuan pengesahan.

Beliau turut mengalu-alukan penglibatan wakil rakyat sebagai Renjer Kehormat Hidupan Liar di bawah Enakmen Hidupan Liar.

“Peranan ini akan memberi pemahaman lebih dekat mengenai cabaran pengurusan hidupan liar di lapangan, selain memperkukuh penyampaian maklumat yang tepat kepada komuniti,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here