Sat, 11 Apr 2026
Headlines:
Permintaan pelancongan ke Sabah kekal kukuh
Published on: Thursday, April 09, 2026
Published on: Thu, Apr 09, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Permintaan pelancongan ke Sabah kekal kukuh
JAFRY bertemu orang ramai yang hadir pada majlis berkenaan.
KINABATANGAN: Industri pelancongan Sabah terus menunjukkan perkembangan positif dengan permintaan kekal kukuh terutama dari pasaran serantau walaupun berdepan cabaran ekonomi global.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata konflik di Timur Tengah ketika ini memberi kesan kepada ekonomi dunia termasuk peningkatan kos operasi dalam sektor penerbangan dan pengangkutan.

Advertisement
Menurutnya situasi itu turut menyebabkan beberapa syarikat penerbangan membuat penyesuaian kapasiti sekali gus memberi kesan jangka pendek terhadap ketersambungan penerbangan ke negeri ini.

“Bagaimanapun permintaan pelancongan ke Sabah masih kekal kukuh khususnya dari pasaran serantau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerajaan Negeri melalui kementerian bersama Lembaga Pelancongan Sabah akan terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memastikan ketersambungan diperkukuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 pada Selasa. 

Beliau berkata Sabah juga optimis mampu berdepan cabaran global berikutan industri pelancongannya yang terbukti mempunyai daya tahan tinggi.

Advertisement
Jafry berkata pengiktirafan Kinabatangan sebagai Rizab Biosfera Unesco pada 27 September 2025 menjadi pemangkin baharu kepada sektor pelancongan negeri.

Pengiktirafan ini disifatkan sebagai ‘game changer’ yang meletakkan Kinabatangan sebaris dengan destinasi ekologi bertaraf dunia.

Advertisement
“Kerajaan Negeri komited mentransformasikan koridor Kinabatangan sebagai destinasi pelancongan premium bertaraf dunia dengan memberi fokus kepada pelancongan bernilai tinggi berbanding kuantiti pelancong. Status ini juga membuka peluang menarik pelaburan antarabangsa khususnya dalam pembangunan produk eko pelancongan mewah yang mampan,” katanya.

Jafry menegaskan aspek pemuliharaan alam sekitar akan terus diberi keutamaan termasuk melindungi kawasan sensitif seperti Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan serta laluan migrasi hidupan liar.

Menurutnya habitat ikonik seperti monyet proboscis dan gajah pygmy Borneo bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah warisan alam yang perlu dipelihara.

Kinabatangan dijangka menjadi penyumbang utama kepada sasaran empat juta pelancong ke Sabah bagi 2026 terutama dari pasaran Eropah yang mementingkan kelestarian dan pengalaman autentik.

“Semua pihak termasuk pemain industri dan agensi kerajaan perlu berganding bahu bagi memastikan manfaat ekonomi daripada pengiktirafan ini dapat dinikmati rakyat Sabah,” katanya.

Sementara itu dalam sidang media dalam majlis sama beliau turut mengulas isu lambakan pelancongan di Semporna mendorong kerajaan mengambil pendekatan baharu dengan memberi tumpuan kepada sektor pelancongan berimpak tinggi dan berkualiti.

Jafry berkata pendekatan itu penting bagi memastikan kelestarian industri pelancongan di Semporna tanpa menjejaskan alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat.

Tambahnya kerajaan kini berusaha mengalih fokus daripada konsep pelancongan berasaskan kuantiti kepada kualiti termasuk menarik lebih ramai pelancong berbelanja tinggi.

“Kalau boleh kita menumpukan kepada pelancongan mewah (high-end) biar kualiti berbanding kuantiti,” katanya. 

Mengenai keadaan Jalan Jeroco yang sering menjadi keluhan penduduk Jafry mengakui ia agak teruk terutama ketika hujan sehingga menyebabkan kenderaan berat tersangkut.

Katanya Kerajaan Persekutuan sudah mempunyai perancangan untuk menaik taraf laluan berkenaan namun status pelaksanaannya masih belum diketahui.

“Sebahagian jalan sudah diturap tetapi banyak lagi yang belum. Sambungan itu memang dalam perancangan cuma kita belum tahu bila ia akan dilaksanakan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here