Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Kerjasama KPDN-Mindet perkasa perlindungan harta intelek
Published on: Saturday, April 25, 2026
Published on: Sat, Apr 25, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kerjasama KPDN-Mindet perkasa perlindungan harta intelek
ARMIZAN (kiri) mengiringi Ewon menandatangani buku lawatan semasa kunjungan hormat tersebut.
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (Mindet) Sabah dalam aspek pemerkasaan perlindungan harta intelek di kalangan usahawan serta komuniti di wilayah itu.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerjasama itu membuka ruang luas untuk memperkukuh kesedaran dan pembangunan harta intelek, khususnya dalam kalangan usahawan serta pencipta tempatan di Sabah.

Advertisement
“Pertemuan ini memberi peluang kepada KPDN dan Mindet membincangkan beberapa agenda kerjasama strategik, terutama dalam usaha memperkasa perlindungan harta intelek yang dilihat semakin penting dalam ekonomi masa kini.

“KPDN berpandangan masih banyak potensi yang boleh diteroka secara bersama, termasuk melalui kerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi merangka pelbagai program berkaitan harta intelek di Sabah,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Mindet merangkap Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick, di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Armizan berkata, antara fokus utama kerjasama itu termasuk pelaksanaan program latihan, pembangunan kapasiti serta sesi libat urus melibatkan penjawat awam dan pelbagai pemegang taruh di Sabah.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan lebih ramai usahawan memahami kepentingan pendaftaran harta intelek dalam melindungi hasil kreativiti dan inovasi mereka, sekaligus meningkatkan daya saing produk tempatan.

Advertisement
Dalam pada itu, Armizan memuji peranan Mindet yang signifikan dalam mendukung aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, khususnya dalam menggerakkan pelbagai inisiatif pembangunan industri dan keusahawanan.

“Komitmen Mindet dalam menggerakkan pembangunan harta intelek mampu memberi nilai tambah kepada pertumbuhan ekonomi Sabah, selain memperkukuh ekosistem keusahawanan yang lebih mampan,” katanya.

Advertisement
Armizan turut menyuarakan hasrat untuk melihat batik bermotif tradisional Sabah diperkenalkan dengan lebih meluas sebagai sebahagian usaha mengangkat warisan tempatan ke tahap lebih tinggi.

Menurutnya, batik motif Sabah mempunyai potensi besar bukan sahaja sebagai identiti budaya negeri, malah boleh dikembangkan sebagai produk ekonomi kreatif yang bernilai tinggi, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi kreatif tempatan.

Sementara itu, Ewon memaklumkan pelaksanaan kerjasama itu akan dimulakan dengan penyertaan pegawai Mindet dan agensinya dalam program latihan khusus di Akademi Harta Intelek, diikuti pelaksanaan program kesedaran dalam kalangan usahawan berkaitan kepentingan perlindungan harta intelek.

Katanya, kursus itu penting bagi meningkatkan kefahaman pegawai terhadap peranan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sekali gus membolehkan mereka memberi bimbingan yang tepat kepada usahawan mengenai pendaftaran dan perlindungan harta intelek.

“Mindet juga akan meneliti cadangan penubuhan unit khas berkaitan harta intelek bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif secara lebih berfokus dan berkesan,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa setiap pembangunan produk keusahawanan di Sabah, termasuk dalam sektor industri, inovasi, makanan dan minuman (F&B) serta perusahaan sosial, perlu merangkumi aspek pendaftaran harta intelek sebagai nilai tambah kepada produk.

Sehubungan itu, katanya, ia memerlukan pendedahan dan latihan berterusan kepada pegawai serta usahawan, selain sokongan padu daripada semua pihak berkepentingan.

Pada masa sama, beliau menghargai komitmen MyIPO dalam menjayakan kerjasama itu, dengan rekod menunjukkan sebanyak 3,941 permohonan harta intelek diterima di Sabah bagi tempoh 2021 hingga Mac 2026, dengan 3,349 pendaftaran direkodkan setakat Disember 2025.

Terdahulu, Ewon turut mengadakan kunjungan ke MyIPO dan berkesempatan berbincang dengan Ketua Pengarahnya, Yusniza Syarmila Yusuff mengenai pelaksanaan program latihan khusus untuk pegawai Mindet dan agensi di bawahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here