Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Lebih 360,000 kenderaan darat terima manfaat subsidi diesel
Published on: Tuesday, April 07, 2026
Published on: Tue, Apr 07, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Lebih 360,000 kenderaan darat terima manfaat subsidi diesel
Kuala Lumpur: Sebanyak 368,911 kenderaan darat barangan dan kenderaan darat awam di seluruh negara telah menerima manfaat subsidi diesel melalui pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) sejak diperkenalkan pada 10 Jun 2024 lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata jumlah itu melibatkan 150,755 syarikat dan entiti yang telah diluluskan penyertaan dalam skim berkenaan setakat 30 Mac tahun 2026 ini.

Advertisement
Katanya daripada keseluruhan jumlah kenderaan diluluskan sebanyak 93 peratus terdiri daripada kenderaan pengangkutan darat barangan manakala tujuh peratus lagi melibatkan kenderaan pengangkutan darat awam.

Menurutnya pelaksanaan SKDS adalah sebahagian daripada usaha kerajaan menyalurkan subsidi diesel secara bersasar khususnya bagi memastikan sektor pengangkutan tidak terjejas susulan kenaikan harga bahan api di pasaran global.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Di bawah skim ini sebanyak 33 jenis kenderaan layak menerima subsidi merangkumi 10 kategori kenderaan pengangkutan awam dan 23 kategori kenderaan pengangkutan barangan. 

“Kenderaan yang berdaftar akan menggunakan sistem fleet card yang dibekalkan oleh syarikat minyak bagi mendapatkan diesel bersubsidi.

Advertisement
“Kadar subsidi yang ditetapkan adalah RM1.88 seliter bagi kenderaan pengangkutan darat awam dan RM2.15 seliter bagi kenderaan pengangkutan darat barangan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Armizan berkata sepanjang tahun 2025 lalu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.45 bilion bagi pelaksanaan SKDS dengan sebahagian besar iaitu RM3.1 bilion disalurkan kepada sektor pengangkutan barangan manakala RM344.05 juta lagi kepada sektor pengangkutan awam.

Advertisement
Bagaimanapun katanya tekanan fiskal dijangka meningkat pada tahun 2026 ini susulan lonjakan mendadak harga diesel di pasaran dunia yang dipengaruhi krisis tenaga global.

“Sebagai contoh harga diesel dunia meningkat daripada AS$93 setong pada 26 Februari 2026 kepada AS$239 setong pada 31 Mac 2026 yang menunjukkan lonjakan sebanyak 158 peratus.

“Berdasarkan trend semasa keperluan subsidi di bawah SKDS diunjurkan mencecah RM2.2 bilion sebulan berbanding RM3.45 bilion setahun pada 2025 lalu,” katanya.

Armizan berkata kerajaan komited meneruskan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar melalui Skim Kawalan Diesel Bersasar melalui SKDS walaupun berdepan lonjakan harga diesel global susulan krisis tenaga dunia akibat konflik di Asia Barat.

Pelaksanaan subsidi ini, katanya, penting bagi memastikan kelangsungan sektor pengangkutan darat awam dan pengangkutan barangan sekali gus mengekalkan kestabilan rantaian bekalan serta kos sara hidup rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here