Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
Empat rumah guru, kantin SK Imbak musnah terbakar
Published on: Friday, May 01, 2026
Published on: Fri, May 01, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
Empat rumah guru, kantin SK Imbak musnah terbakar
KEADAAN selepas kebakaran kuarters SK Imbak.
TONGOD: Empat unit rumah guru bersama sebuah kantin musnah dalam kebakaran di perumahan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Imbak, kira-kira jam 6.20 petang, Rabu.

Sebuah kenderaan turut terlibat dalam kebakaran berkenaan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Advertisement
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tongod Leftenan Adrian Dauli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sebelum segera menggerakkan anggota ke lokasi.

“Seramai empat anggota APM tiba di lokasi pada jam 6.53 petang untuk menjalankan pemantauan serta penilaian risiko di kawasan terjejas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kebakaran membabitkan empat unit rumah guru serta sebuah kantin sekolah, mengakibatkan seramai 13 mangsa terjejas, terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan sembilan wanita dewasa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Operasi di lokasi turut disertai beberapa agensi lain termasuk PDRM, pasukan bomba bantuan serta kakitangan Sabah Electricity (SE).

Advertisement
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here