Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Empat suspek curi kabel disiasat cubaan bunuh
Published on: Thursday, April 30, 2026
Published on: Thu, Apr 30, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Empat suspek curi kabel disiasat cubaan bunuh
KEADAAN kenderaan suspek selepas kemalangan.
Kota Kinabalu: Empat suspek kegiatan mencuri kabel yang terlibat kemalangan di Tuaran awal pagi Selasa, turut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, selain empat lelaki warga tempatan berusia 28 hingga 43 tahun yang ditahan, seorang lagi masih diburu.

Advertisement
Menerusi kenyataannya lewat Selasa, kejadian bermula pada jam 3.19 pagi apabila sepasukan anggota rondaan cegah jenayah Zon 3 Luyang menerima maklumat awam berhubung kegiatan mencuri kabel berhampiran Pasaraya Merdeka di Lido.

“Setibanya di lokasi, anggota mengesan sekumpulan lelaki sedang melakukan aktiviti berkenaan dan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Susulan itu, berlaku aksi kejar-mengejar sehingga ke kawasan berhampiran Rugading, di mana suspek bertindak memandu secara melawan arus serta berbahaya dan cuba melanggar kenderaan polis beberapa kali,” katanya.

Dalam usaha melarikan diri itu, kenderaan suspek turut merempuh sebuah kenderaan orang awam yang mengakibatkan pemandunya cedera.

Advertisement
Syed Lot berkata, polis merampas sebuah Toyota Hilux bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel, termasuk alat pemotong, chain block, besi yang diubah suai serta gulungan kabel.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia berkaitan kesalahan mencuri kabel.

Advertisement
“Usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here