Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Empat cedera kemalangan ketika elak dikejar polis
Published on: Wednesday, April 29, 2026
Published on: Wed, Apr 29, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Empat cedera kemalangan ketika elak dikejar polis
Tuaran: Empat suspek cedera selepas pacuan empat roda yang mereka naiki merempuh sebuah lagi kenderaan di Kampung Berungis, di sini, awal pagi Selasa.

Insiden pada jam 4.30 pagi itu berlaku ketika suspek melarikan diri selepas dikejar polis susulan kes kecurian kabel.

Advertisement
Pemandu kenderaan lain, seorang lelaki berusia 61 tahun, turut mengalami kecederaan selepas tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Kurong Ak Beki berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.44 pagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux Vigo yang dinaiki empat suspek dan sebuah Isuzu Invader yang dinaiki seorang mangsa.

Advertisement
“Berdasarkan maklumat awal, kenderaan Toyota Hilux Vigo dipercayai dinaiki suspek kes curi kabel yang sedang melarikan diri selepas dikejar sepasukan polis.

“Bagaimanapun, kenderaan itu merempuh Isuzu Invader menyebabkan semua mangsa mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement
Menurutnya, pasukan bomba kemudian mengeluarkan mangsa warga emas yang tersepit di dalam Isuzu Invader menggunakan peralatan khas.

“Semua mangsa diserahkan kepada pihak perubatan sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Operasi ditamatkan pada jam 5.34 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here