Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Adun Inanam gesa tindakan tangani isu kanak-kanak tanpa dokumen
Published on: Thursday, April 30, 2026
Published on: Thu, Apr 30, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Adun Inanam gesa tindakan tangani isu kanak-kanak tanpa dokumen
Edna juga mencadangkan pelaksanaan program pemutihan dokumen yang telus dan bersasar bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat pengiktirafan sah.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri digesa melaksanakan langkah segera dan menyeluruh bagi menangani krisis kemanusiaan melibatkan kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah.

Adun Inanam, Edna Majimbun, semasa perbahasannya pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17, menggambarkan isu itu sebagai ancaman serius yang boleh menjejaskan masa depan generasi muda.

Advertisement
Beliau mencadangkan beberapa langkah penting, termasuk pelaksanaan program pendaftaran lewat secara proaktif melalui operasi lapangan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Selain itu, perlu diwujudkan mekanisme pengesahan komuniti khas sebagai dokumen sokongan yang lebih kukuh bagi permohonan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Edna juga mencadangkan pelaksanaan program pemutihan dokumen yang telus dan bersasar bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat pengiktirafan sah.

Beliau berkata masih ramai kanak-kanak tidak memiliki sijil kelahiran dan tidak direkodkan dalam sistem negara, sekali gus menafikan hak asas mereka.

Advertisement
“Akibatnya, mereka tidak mendapat akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perlindungan sosial,” katanya.

Menurut beliau, punca masalah itu termasuk kekangan sistemik dihadapi ibu bapa seperti perkahwinan tidak berdaftar, kelahiran di luar fasiliti yang dipantau atau tanpa rekod hospital, serta keadaan ibu bapa sendiri yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.

Advertisement
Edna berkata walaupun pengesahan ketua kampung sering digunakan, mekanisme itu tidak mencukupi untuk memberikan pengiktirafan perundangan.

“Ini bukan sekadar isu birokrasi atau dokumentasi, tetapi melibatkan kelangsungan hidup dan masa depan satu generasi,” katanya.

“Kanak-kanak ini tidak memilih untuk dilahirkan tanpa dokumen. Ia tanggungjawab moral semua pihak untuk memastikan mereka tidak terus terpinggir akibat kelemahan sistem,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here