Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
MAHB ambil tindakan tegas parkir sembarangan
Published on: Thursday, April 30, 2026
Published on: Thu, Apr 30, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
MAHB ambil tindakan tegas parkir sembarangan
PAPAN tanda seperti ini dipasang di dalam kawasan KKIA sebagai amaran kepada pemandu mengenai risiko kenderaan mereka dikenakan tindakan kunci tayar.
SEBANYAK 1,103 petak parkir disediakan untuk orang awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah mencukupi bagi menampung keperluan harian serta memastikan kelancaran aliran kenderaan di kawasan tersebut.

MAHB menegaskan tiada alasan bagi pemandu untuk meletakkan kenderaan secara sembarangan di bahu jalan atau kawasan larangan kerana ia mengganggu kelancaran trafik serta menimbulkan masalah keselamatan dan akses kepada penumpang.

Advertisement
Menurut syarikat itu tindakan tegas telah diambil termasuk menyaman dan mengunci tayar kenderaan yang diletakkan di luar kawasan parkir yang dibenarkan di KKIA bagi mengatasi masalah tersebut.

SEORANG anggota pasukan Majlis membuat  semakan terhadap kenderaan yang diparkir secara haram di sepanjang jalan menuju Kepayan Perdana.Dalam pada itu pihak polis turut memberi amaran akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan secara haram di sepanjang jalan utama menuju Kepayan Perdana dan K Avenue susulan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seorang jurucakap MAHB berkata jumlah kes pelanggaran peraturan parkir di KKIA menunjukkan peningkatan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, melibatkan kenderaan yang diletakkan di kawasan tidak dibenarkan untuk orang awam.

“Sehubungan itu langkah-langkah telah diambil untuk memperkukuh peraturan parkir sedia ada termasuk penggunaan kunci tayar jika perlu.

Advertisement
“Langkah tersebut dilaksanakan bagi menggalakkan pematuhan yang lebih baik serta memastikan ruang berkongsi di sekitar lapangan terbang kekal boleh diakses oleh semua,” katanya.

Sebelum pelaksanaan langkah-langkah ini katanya usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna lapangan terbang telah dilakukan terlebih dahulu.

Advertisement
“Papan tanda dan kain rentang dipasang di lokasi strategik termasuk di pintu masuk parkir serta kawasan larangan di dalam kawasan lapangan terbang,” ujarnya.

Menurutnya kira-kira 13 papan tanda telah dipasang di pelbagai bahagian kawasan tersebut.

“Selain itu peringatan juga sentiasa diberikan kepada orang awam melalui libat urus di lapangan serta komunikasi berterusan dengan komuniti lapangan terbang,” tambahnya.

Jurucakap MAHB berkata pemandu akan dimaklumkan bahawa sekiranya kenderaan mereka dikenakan kunci tayar, mereka perlu membayar fi RM100 untuk membuka semula kunci tersebut.

PEGAWAI penguatkuasa Majlis merakam gambar  deretan kenderaan yang menceroboh salah satu daripada dua lorong di kawasan berhampiran K-Avenue.“Bagi mengelakkan kesulitan ini, kami menggalakkan semua pemandu menggunakan kemudahan parkir yang disediakan serta mematuhi garis panduan parkir yang ditetapkan.

“Ini akan membantu memastikan pengalaman yang lebih lancar dan selesa kepada semua penumpang serta pengunjung di KKIA,” katanya.

Bagi kawasan Kepayan Perdana dan K Avenue, pihak polis telah mengeluarkan saman kepada mereka yang meletakkan kenderaan secara tidak teratur di sepanjang atau berhampiran jalan utama di kawasan tersebut.

Seorang jurucakap pihak polis berkata pihaknya menerima aduan daripada beberapa pengguna jalan raya yang tidak berpuas hati dengan kesesakan yang berlaku di kawasan berkenaan.

“Kami juga telah dimaklumkan secara rasmi mengenai masalah ini oleh Majlis Perbandaran Penampang.

“Pegawai kami sentiasa memantau kawasan terjejas secara berkala.

“Mana-mana pemilik kenderaan yang didapati meletakkan kenderaan secara haram akan dikenakan kompaun sehingga RM150,” tegasnya.

Beliau berkata pihaknya kadangkala berdepan cabaran dalam menangani isu ini kerana kekangan tenaga kerja yang tidak mampu berada di lokasi sepanjang masa untuk menangkap pesalah.

“Walau bagaimanapun susulan kebimbangan berterusan orang ramai, kami akan meningkatkan pemantauan di kedua-dua laluan utama tersebut,” katanya.

Seorang jurucakap Majlis berkata agensi itu menerima beberapa aduan berkaitan masalah berkenaan, yang kemudiannya mendorong pegawai penguat kuasa turun ke lokasi bagi membuat pemeriksaan di kawasan terjejas.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati banyak kenderaan diparkir secara tidak sah di sepanjang laluan di sekitar Kepayan Perdana dan K Avenue.

“Petugas kami merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa pemeriksaan dijalankan.

“Gambar-gambar ini turut dilampirkan dalam surat yang kami hantar kepada pihak polis,” maklumnya.

Beliau berkata tindakan itu merupakan usaha maksimum yang boleh dilakukan oleh Majlis kerana kedua-dua jalan utama di kawasan Kepayan Perdana dan K Avenue tidak berada di bawah bidang kuasa pihaknya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here