Fri, 1 May 2026
Headlines:
Advertisement
Sabah pergiat persediaan awal hadapi El Nino
Published on: Thursday, April 30, 2026
Published on: Thu, Apr 30, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah pergiat persediaan awal hadapi El Nino
Ceasar berkata Kerajaan Negeri secara konsisten membuat persiapan tahunan untuk menghadapi musim kemarau khususnya dalam situasi risiko suhu ekstrem dan kekurangan bekalan air.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mempergiat persediaan awal termasuk pemantauan rapi serta penyelarasan tindakan bersama agensi dan komuniti setempat bagi mendepani fenomena El Nino yang diramal melanda dunia sekitar pertengahan tahun ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun berkata Kerajaan Negeri secara konsisten membuat persiapan tahunan untuk menghadapi musim kemarau khususnya dalam situasi risiko suhu ekstrem dan kekurangan bekalan air.

Advertisement
“Jabatan dan kementerian akan mengambil tindakan memantau keadaan dan sekiranya perlu kita akan ada libat urus dengan jabatan serta komuniti yang akan terkesan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah pada Selasa.

Jeffrey (Star-Tambunan) membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku fenomena El Nino berintensiti tinggi atau “super El Nino” yang boleh menyebabkan suhu melebihi 40 darjah Celsius serta menjejaskan sumber air dan aktiviti harian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berdasarkan laporan media fenomena itu dijangka kembali melanda dunia termasuk Malaysia sekitar pertengahan tahun ini dengan kebarangkalian melebihi 70 peratus.

Dalam pada itu Ceasar berkata kerajaan negeri turut memperkukuh usaha jangka panjang dalam menangani perubahan iklim menerusi penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Sabah (SCAC) pada 2022.

Advertisement
Beliau berkata SCAC telah melaksanakan kajian penting termasuk Penilaian Kerentanan Terhadap Risiko Akibat Perubahan Iklim dan Laporan Inventori Gas Rumah Hijau Sabah 2024 yang membantu kerajaan negeri memahami tahap pelepasan merentasi sektor ekonomi.

Sejak penubuhannya Ceasar berkata SCAC telah bersidang enam kali dan mesyuarat pertama diadakan pada 26 April 2022.

Advertisement
“Usaha ini memberi pemahaman komprehensif kepada kerajaan negeri mengenai tahap pelepasan merentasi pelbagai sektor ekonomi. Lebih penting lagi, ia mengesahkan status net sink (net carbon sink) bagi Sabah yang merupakan satu sumbangan amat signifikan kepada agenda perubahan iklim negara,” katanya.

Beliau berkata dapatan tersebut turut membawa kepada kelulusan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon Sabah 2023 bagi memperkukuh tadbir urus iklim negeri.

Mengulas lanjut Ceasar berkata kerajaan negeri juga akan menubuhkan Pusat Pendaftaran dan Inventori Iklim Sabah bagi menyelia penguatkuasaan enakmen termasuk kawal selia aktiviti karbon.

Dalam aspek penglibatan komuniti beliau berkata Seksyen 22 enakmen itu memperuntuk keperluan rundingan serta manfaat kepada komuniti tempatan dalam pelaksanaan projek karbon.

Terdahulu Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (BN-Sook) dalam soalan tambahan menekankan kepentingan memastikan komuniti tempatan yang menjaga hutan turut menerima manfaat daripada pendapatan karbon kredit.

Arthur berkata Malaysia terikat dengan komitmen antarabangsa di bawah Perjanjian Rio de Janeiro 1992 yang menetapkan liputan hutan negara tidak boleh kurang daripada 50 peratus.

Beliau berkata data terkini menunjukkan liputan hutan di Semenanjung Malaysia kini hanya 43.18 peratus manakala Sarawak mencatat 61.52 peratus dan Sabah 62.53 peratus.

“Sumbangan Sabah dan Sarawak adalah penting dalam memastikan negara terus memenuhi obligasi tersebut di peringkat antarabangsa,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here