Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Guna AI kira jumlah 40 peratus: Jeffrey
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
By: David Thien
Text Size:
Text:
Guna AI kira jumlah 40 peratus: Jeffrey
Jeffrey menganggarkan hasil terbitan dari Sabah mencecah antara RM48 bilion hingga RM50 bilion setahun yang mengalir ke perbendaharaan Persekutuan.
Kota Kinabalu: Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yakin Kecerdasan Buatan (AI) dan penjejakan digital mampu menyediakan mekanisme kekal dan automatik bagi mengira hak perkongsian hasil cukai 40 peratus Sabah.

“Jumlah sebenar hak perlembagaan 40 peratus mencecah hampir RM20 bilion setahun mengatasi semua bayaran interim,” katanya sambil menyatakan bahawa hasil asas pada 1963 ialah RM48.8 juta. Bayaran interim semasa bagi 2026 sebanyak RM600 juta hanya mewakili kira-kira 3 peratus daripada anggaran sebenar hak perlembagaan tahunan terbabit.

Advertisement
Beliau menganggarkan hasil terbitan dari Sabah mencecah antara RM48 bilion hingga RM50 bilion setahun yang mengalir ke perbendaharaan Persekutuan.

Oleh itu, 40 peratus yang terhutang kepada Sabah adalah antara RM19.2 bilion hingga RM20 bilion setahun, sebelum ditolak bayaran interim terkini yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bekas Timbalan Ketua Menteri itu berkata demikian pada seminar “40 peratus – Hak Kita, Wang Kita – Memahami 40 peratus, Hak, Sejarah & Mekanisme” anjuran People Development Foundation (PDF) di Lintas Platinum Hotel, Sabtu.

Beliau optimis terhadap masa depan AI yang mampu melangkaui kelemahan masa lalu seperti audit manual, rundingan politik lima tahun yang tidak wujud sehingga membawa kepada stagnasi serta era “Tahun-Tahun Hilang”.

Advertisement
“Penjejakan masa nyata melalui sistem digital boleh merakam setiap transaksi yang berpunca dari Sabah, tanpa mengira di mana ia dikutip di Malaysia.

“Kecerdasan buatan boleh mengenal pasti asal geografi hasil tersebut secara serta-merta dan menggunakan formula Perkara 112C seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement
“Bahagian 40 peratus itu akan diasingkan dan disalurkan secara automatik, sekali gus menghapuskan keperluan audit manual secara retrospektif,” katanya.

Menurut Tan Sri Anifah Aman, moderator forum itu, beliau mengimbas kembali bahawa pada 15 Julai 2015, beliau membentangkan memorandum pertama mengenai Hak Hasil Sabah termasuk hak perkongsian hasil cukai 40 peratus, duti import dan eksais ke atas produk petroleum serta duti eksport minyak mentah sehingga 10 peratus nilai ad valorem sebagai ganti royalti minyak.

“Susulan pembentangan itu, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Khas MA63 yang pertama pada 2015/2016 yang dipengerusikan bersama oleh saya dan Datuk Sri Nancy Shukri dari Sarawak,” kata Anifah, bekas Menteri Luar.

Hak 40 peratus itu merupakan asas kewangan utama dalam integrasi Sabah sebagai rakan dalam pembentukan Malaysia. Pelaksanaan pelan tindakan MA63 memerlukan penghormatan terhadap Hak Perlembagaan Sabah.

Adalah penting bagi Kerajaan Persekutuan mengiktiraf bahawa hak perkongsian hasil cukai 40 peratus merupakan tonggak perlembagaan yang asas, dan bukannya sekadar subsidi Persekutuan bersifat budi bicara.

Hadirin bersetuju dengan pandangan tebabit bahawa sebarang hak perlembagaan yang diiktiraf tetapi tidak dilaksanakan, pada hakikatnya bukanlah hak.

Tanggungjawab yang diterima tetapi tidak dilaksanakan tidak memberi perlindungan atau manfaat kepada rakyat yang sepatutnya menerimanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here