Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
DBKK, SE ambil tindakan aduan lubang berbahaya di sekitar bandaraya
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK, SE ambil tindakan aduan lubang berbahaya di sekitar bandaraya
JURUTEKNIK SE menggantikan pita keselamatan dan memasang papan tanda “Awas” di sekitar dua lokasi di Jalan Punai Tanah.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mempergiat usaha penyelenggaraan longkang bertutup di bawah seliaannya termasuk di sekitar sebuah pusat komersial di ibu negeri manakala Sabah Electricity (SE) telah menutup kawasan terdedah di rizab jalan di luar sebuah gereja di Likas.

Langkah ini diambil susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap bahaya kepada pejalan kaki akibat “lubang-lubang” pada laluan pejalan kaki yang dibina di atas longkang di belakang Blok B deretan kedai di kawasan Segama serta di bahu jalan di luar pagar Gereja Katolik St Simon.

Advertisement
Antara yang berisiko di lokasi terakhir ialah para jemaah gereja serta pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Shan Tao.

Sementara itu seorang pekerja pejabat di kawasan Sadong Jaya berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan orang ramai yang berjalan kaki ke sebuah bank di kawasan tersebut memandangkan banyak kepingan konkrit yang menutupi longkang di tepi jalan berhampiran premis berkenaan telah rosak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
PIHAK  konsesi JKR telah diminta mempertingkatkan usaha penyelenggaraan laluan pejalan kaki di Jalan Kemajuan.Hotline telah memaklumkan lokasi “zon bahaya” di kawasan terlibat kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

Jurucakap DBKK berkata kakitangan Jabatan Kejuruteraan mengesahkan kewujudan bahagian laluan pejalan kaki yang terdedah di atas longkang berhampiran Jalan Padas, Kota Kinabalu semasa pemeriksaan yang dijalankan sejurus selepas agensi itu dihubungi pihak media.

Advertisement
“Lubang tersebut segera ditutup dengan sekeping papan lapis.

“Beberapa pita keselamatan turut dilekatkan pada permukaan penutup sementara itu dalam bentuk ‘X’ bagi memberi amaran kepada pejalan kaki supaya tidak memijak bahagian yang rosak,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata langkah itu merupakan tindakan sementara yang dapat dilakukan ketika ini sementara pihaknya mengatur kerja-kerja pembaikan yang diperlukan.

Seorang jurucakap syarikat berkata kerja berkenaan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada projek menaik taraf Pencawang Masuk Utama (PMU) 132 kilovolt Tanjung Lipat.

“Terdapat dua lokasi di bahu jalan di mana kabel elektrik sedang dipasang.

“Bahagian di rizab jalan tersebut masih dibiarkan terbuka kerana projek masih dalam pelaksanaan,” ujarnya.

Beliau berkata pihaknya tidak dapat memperincikan bila projek itu akan siap sambil menjelaskan ia turut melibatkan PMU Karamunsing.

Dalam pada itu itu seorang penduduk Likas, Damian, meluahkan kebimbangan terhadap dua lubang di bahu jalan di Jalan Punai Tanah antara gereja dan sekolah.

Menurutnya keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan kerana beliau tidak mahu insiden seperti kejadian maut di Lahad Datu berulang apabila sebuah kereta terjatuh ke dalam lubang pembetung yang terbuka.

PETUGAS DBKK memasang penutup sementara daripada papan lapis di atas bahagian laluan pejalan kaki yang terdedah di Jalan Padas.Sementara itu Sabah Electricity (SE) sedang memantau kerja-kerja pemasangan talian penghantaran yang dijalankan di bawah bahu jalan di Jalan Punai Tanah, Likas.

Beliau berkata bahagian terdedah itu, yang turut mempunyai tiub merah di dalamnya, telah berada di tepi jalan “bertahun-tahun”.

“Saya percaya ia digali oleh kontraktor yang gagal menimbus semula selepas kerja mereka selesai,” jelasnya.

Damian berkata keadaan lubang terbuka itu menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya dan pejalan kaki terutama pada waktu malam.

Menurutnya adalah lebih baik sekiranya pihak berkaitan dapat segera menutup semula lubang-lubang berkenaan.

“Kontraktor yang tidak menyiapkan kerja dengan sempurna juga perlu ditegur dan diingatkan bahawa mereka mempertaruhkan nyawa orang ramai apabila meninggalkan kerja yang tidak diselesaikan seperti ini,” maklumnya.

Jurucakap itu berkata satu pasukan juruteknik telah memeriksa keadaan bahagian terdedah tersebut pada awal bulan ini.

“Pita keselamatan di dua lokasi terbabit telah diganti manakala lebih banyak penghadang plastik turut dipasang di sekitar salah satu lubang.

“Papan tanda amaran juga telah dipasang berhampiran kawasan terjejas bagi memaklumkan pengguna jalan raya tentang ketidaksempurnaan yang terdapat di laluan tersebut,” kata jurucakap berkenaan.

Bagi kawasan Jalan Kemajuan, JKR telah mengarahkan pihak konsesi supaya memberi keutamaan kepada kerja menggantikan kepingan konkrit laluan pejalan kaki yang rosak atau hilang.

Jurucakap agensi itu berkata terdapat longkang yang mengalir beberapa meter di bawah bahu jalan di kawasan berkenaan.

“Syarikat yang bertanggungjawab menjaga laluan ini sedang dalam proses menghasilkan penutup konkrit baharu.

“Mereka berharap penggantian itu dapat dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Apabila ditanya mengenai kekerapan penyelenggaraan longkang bertutup dan laluan pejalan kaki di kawasan Karamunsing, beliau berkata kerja tersebut dilakukan mengikut keperluan semasa.

“Sehubungan itu pihak konsesi telah diarahkan supaya memeriksa keadaan struktur ini secara berkala. 

“Pengurusan juga diminta memastikan keselamatan awam di Jalan Kemajuan tidak terjejas,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here