Mon, 27 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Penganggur tidak mengaku salah rompak, cederakan buruh
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penganggur tidak mengaku salah rompak, cederakan buruh
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis terhadap pertuduhan mencederakan seorang buruh ketika merompaknya.

Tertuduh Jul Ahmad membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Advertisement
Jul didakwa mencederakan seorang lelaki Velantine Jeffry, 36, di sebuah kawasan parkir di Papar antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi pada 11 Disember 2024.

Mengikut pertuduhan dia juga didakwa melarikan sebuah kereta milik rakan mangsa serta sebuah telefon bimbit milik mangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jul dipercayai melakukan kesalahan tersebut bersama dua lagi individu yang telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 11 dan 12 Jun sebagai tarikh perbicaraan kes.

Sementara menunggu kes selesai tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan dua penjamin tempatan.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan Jul melaporkan diri di balai polis terdekat pada setiap hari pertama setiap bulan serta tidak mengganggu atau berhubung dengan mana-mana saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here