Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Satu lagi RSS RM88 juta bakal dibina di Banggi
Published on: Saturday, April 25, 2026
Published on: Sat, Apr 25, 2026
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Satu lagi RSS RM88 juta bakal dibina di Banggi
Saifuddin berkata kerajaan memperuntukkan RM88 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi pembinaan RSS berkenaan.
KUDAT: Satu lagi Menara Tapak Sensor Jarak Jauh (RSS), komponen penting dalam Sistem Pengawasan Laut (Swasla), akan dibina di Pulau Malawali, Banggi bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan agensi keselamatan dalam melindungi negara daripada sebarang pencerobohan dan unsur luar, khususnya di utara Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan memperuntukkan RM88 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi pembinaan RSS berkenaan.

Advertisement
Menurutnya, pelaburan itu penting bagi memastikan aset dan keupayaan operasi pasukan keselamatan negara sentiasa seiring dengan cabaran semasa, termasuk melibatkan laluan haram atau “laluan tikus” di sempadan Malaysia-Filipina.

Saifuddin berkata kerajaan optimis pendekatan bersepadu serta penggunaan teknologi canggih akan terus memperkukuh penguatkuasaan di lapangan bagi menjamin keselamatan sempadan negara, melindungi kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, kerajaan juga meluluskan beberapa projek pembangunan dan perolehan, termasuk pembinaan semula pejabat operasi Zon Maritim Kudat bernilai RM73.5 juta serta penambahan 10 bot laju bagi meningkatkan kecekapan rondaan di perairan Sabah.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi di perairan pantai barat utara Sabah dan melawat RSS Balambangan di Pulau Balambangan, Banggi dekat sini pada Khamis. 

Advertisement
Hadir sama, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Victor Sanjos, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Rosli Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman dan Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Datuk Faisol Salleh. 

Saifuddin berkata RSS Balambangan berupaya mengesan sehingga 70 peratus sasaran mencurigakan, bersamaan kira-kira 6,000 kejadian setahun.

Advertisement
“Sejak 2015, RSS Balambangan merekodkan lebih 152,000 pengesanan dengan 260 tangkapan berjaya dilakukan, termasuk penahanan 21 warga Filipina, rampasan bot nelayan asing serta menggagalkan aktiviti penyeludupan haiwan dan barangan kawalan.”

Menurutnya, kawasan itu dikenal pasti sebagai “hotspot” bagi jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan barangan kawalan, kemasukan pendatang tanpa izin dan pencerobohan perairan negara.

Saifuddin juga berkata Kerajaan memperkukuh penguatkuasaan di sempadan negara melalui pendekatan bersepadu bagi membanteras penyeludupan dan ketirisan, khususnya di perairan berisiko tinggi di utara Sabah.

Beliau berkata langkah itu turut mengambil kira kesan ketegangan geopolitik di Asia Barat terhadap ekonomi negara, khususnya bekalan dan harga bahan api, selain pelaksanaan subsidi bersasar menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95).

Jelas beliau, kerajaan kekal komited memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat melalui pemberian subsidi bagi mengekalkan harga bahan api pada paras berpatutan.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi terus menjejaskan usaha tersebut, sekali gus mendorong Kabinet mengarahkan penguatkuasaan lebih ketat, termasuk di stesen minyak berhampiran kawasan sempadan.

“Pemantauan selama lapan hari dari 13 hingga 21 April mendapati 91 daripada 170 stesen minyak di kawasan sempadan mencatat penurunan 20 peratus jualan RON95, manakala jualan RON97 meningkat, menunjukkan kemungkinan berlaku ketirisan,” katanya.

Saifuddin sendiri mengetuai pemeriksaan bagi menilai keberkesanan strategi yang dilaksanakan agensi penguat kuasa, termasuk di laluan tidak sah (laluan tikus) di sempadan Malaysia-Filipina.

Beliau berkata kerajaan menekankan kerjasama antara agensi dan perkongsian data bagi meningkatkan keberkesanan operasi, disokong teknologi pemantauan moden seperti sistem RSS.

Menurutnya, kawasan itu merupakan “hotspot” jenayah rentas sempadan, termasuk penyeludupan barangan kawalan, kemasukan pendatang tanpa izin dan pencerobohan perairan negara.

Katanya pemeriksaan di lapangan penting bagi memastikan dasar dilaksanakan secara berkesan.

Tambahnya, operasi bersepadu yang dilaksanakan menunjukkan hasil termasuk penahanan pendatang tanpa izin di Kota Marudu, rampasan 800 liter diesel di Pulau Banggi serta penguatkuasaan di stesen minyak bagi mengekang ketirisan subsidi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here