KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan Sabah atas komitmen, usaha keras dan sinergi kukuh sepanjang pilihan raya kecil baru-baru ini yang menyaksikan calon BN memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Pengerusinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menegaskan keutamaan BN Sabah ialah memastikan pelaksanaan penuh hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk tuntutan pulangan hasil 40 peratus, pengukuhan kuasa negeri serta pemulangan hak-hak yang telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut.
“BN Sabah akan terus mengambil pendekatan konstruktif bagi memastikan semua perkara di bawah MA63 dilaksanakan secara menyeluruh demi keadilan dan masa depan Sabah,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.
Dalam mesyuarat pertama pada Jumaat, BN Sabah telah memuktamadkan pelantikan penuh semua jawatan peringkat negeri.
Beliau berkata penyusunan semula itu, menggabungkan barisan kepimpinan berpengalaman bersama penyertaan kepimpinan baharu termasuk golongan muda.
“Ia bagi memperkukuh struktur parti serta memastikan gerak kerja yang lebih tersusun, dinamik dan berkesan dalam mendepani cabaran semasa,” katanya.
Advertisement

Selain Arthur, barisan kepimpinan BN Sabah 2026 menyaksikan Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.
Tiga Naib Pengerusi ialah Datuk Richard Kastum, Datuk Teah Heok Kuin dan Chandrra Segar Soosaimany.
Datuk Mohd Hasnol Ayub dilantik sebagai Setiausaha, manakala Datuk Mohamad Alamin sebagai Bendahari. Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain pula memegang jawatan Pengarah Komunikasi Strategik.
Datuk Noraini Idris mengetuai sayap Wanita, Sufian Abd Karim sebagai Ketua Pemuda, manakala Ummi Nabilah Jamal sebagai Ketua Puteri.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada Samasudin Yusop, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi, Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar, Mohd Ismail Ayob, Dato’ Fredie Sua, Datin Zainon Kayum Khan, Jessel Cyril Yansalang, Djuanis Mogirong, Fazil Ajak, Datuk Pang Kin Khon, Stephen Goh Thiam Boon, Lu Yen Tung, Chai Yee Fu, Guna Sekaran Rajangam dan Ravi Margapandu.
Arsad Mohammad Yusof dan Yillson Yanggun masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif I dan Setiausaha Eksekutif II.