Kota Kinabalu: Fenomena “brain drain” (perhijrahan cendekiawan) atau penghijrahan tenaga profesional muda yang telah mendapat pendidikan, latihan atau kemahiran melalui pembiayaan daripada pembayar cukai Malaysia tetapi memilih bekerja di luar negara akibat keadaan kurang kondusif di tanah air atau peluang lebih baik di luar, merupakan antara cabaran paling mendesak yang dihadapi Sabah dan Malaysia.
Memetik statistik Bank Dunia, tempat beliau pernah berkhidmat, Tan Sri Andrew Sheng berkata masalah ini di Malaysia antara yang paling ketara di Asia Tenggara dengan lebih 1.5 juta rakyat Malaysia kini menyumbang kepada ekonomi negara lain.
Beliau berkata ribuan profesional muda terus berhijrah setiap tahun ke negara yang mempunyai ekonomi kukuh dan ekosistem inovasi yang lebih berkembang.
Menurutnya, kebanyakan mereka kecewa dengan gaji yang tidak meningkat, peluang kemajuan kerjaya yang terhad serta infrastruktur yang tidak mencukupi.




_E.jpg)


