KOTA KINABALU: Pengerusi Institut Penyelidikan Sabah (IDS) Datuk Seri Azizah Mohd Dun menggesa semua pemimpin wanita memperkasa aspek kepimpinan bagi memastikan lebih banyak kualiti dapat ditonjolkan.
“Kita mahu angkat kepimpinan dan penglibatan wanita di Sabah kerana realitinya jumlah pemimpin wanita di negeri ini masih rendah.
“Pasukan penyelidik di IDS sudah menjalankan kajian dan kita ada data. Maka dengan data inilah kita tegaskan bahawa perlu lebih ramai pemimpin wanita.
“Bagaimanapun dalam masa yang sama kita mahu juga mereka terdiri daripada yang mempunyai kualiti dan berkelayakan,” katanya.
Advertisement







