Fri, 24 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Ceramah Mufti Menk di SICC pada 30 April
Published on: Thursday, April 23, 2026
Published on: Thu, Apr 23, 2026
Text Size:
Text:
Ceramah Mufti Menk di SICC pada 30 April
Dengan jutaan pengikut di seluruh dunia, Mufti Menk dikenali kerana keupayaannya menyampaikan mesej yang mudah difahami, menyentuh hati serta relevan dengan kehidupan masa kini. 
Kota Kinabalu: Penceramah bertaraf global Mufti Ismail Menk (gambar) akan membuat kemunculan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 30 April 2026 (Khamis), bermula jam 7 malam.

Program “Mufti Menk Live in Sabah” yang bertemakan “Broken but Beloved” dijangka menarik ribuan hadirin dari seluruh Sabah dan luar negeri sekali gus menjadikannya antara program inspirasi terbesar di negeri ini tahun ini.

Advertisement
Dengan jutaan pengikut di seluruh dunia, Mufti Menk dikenali kerana keupayaannya menyampaikan mesej yang mudah difahami, menyentuh hati serta relevan dengan kehidupan masa kini. 

Kupasan beliau sering merangkumi cabaran kehidupan, ketahanan emosi, hubungan kekeluargaan serta pencarian makna hidup yang dekat dengan golongan belia, profesional dan masyarakat umum.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program ini akan diserikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin bersama pemimpin negeri, tokoh korporat serta anggota masyarakat.

Acara ini dianjurkan bersama oleh Glocal Link (M) Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Faith Events dan Al Falah Team Solutions, yang mempunyai pengalaman dalam penganjuran program berskala besar bertaraf antarabangsa.

Advertisement
Bertempat di pusat konvensyen utama Sabah, program ini akan menampilkan pengalaman yang disusun secara profesional dengan sokongan sistem audio visual berkualiti tinggi, serta penglibatan rakan strategik termasuk Bidaura, MARA Corporation, Weststar Aviation, SICC, Abang Aminn Travel & Tours Sdn Bhd dan Le Meridien Kota Kinabalu.

Tiket kini ditawarkan dalam empat kategori: Gold pada harga RM250, Silver: RM150, Pelajar IPTA/IPTS: RM75, dan Pelajar Sekolah Menengah: RM50 setiap seorang.

Advertisement
Penganjur memaklumkan bahawa permintaan tiket adalah tinggi dan tempat dijangka penuh dalam masa terdekat.

Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh didapati di: https://faithevents.asia/muftimenksabah/ticket-purchase

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: 013-8034593 / 019-4404559.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here