Tue, 28 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Penduduk Sipitang digesa waspada kehadiran buaya
Published on: Wednesday, April 22, 2026
Published on: Wed, Apr 22, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Penduduk Sipitang digesa waspada kehadiran buaya
Penemuan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, khususnya mereka yang menggunakan sungai untuk aktiviti harian. - FOTO Bernama untuk iliustrasi sahaja.
SIPITANG: Seekor buaya dikesan berenang di Sungai Kampung Mesapol berhampiran sebuah loji rawatan air pada Isnin, sekali gus mencetuskan kebimbangan serta amaran kepada penduduk dan pemancing agar lebih berwaspada.

Seorang nelayan yang enggan dikenali berkata dia ternampak reptilia itu ketika memancing di tebing sungai pada petang Ahad. Katanya, buaya berkenaan dilihat berenang di tengah sungai.

Advertisement
Penemuan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, khususnya mereka yang menggunakan sungai untuk aktiviti harian.

Dia berkata kehadiran buaya itu menimbulkan risiko, terutama kepada kanak-kanak yang mandi di sungai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, pengguna bot juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di sepanjang sungai.

Penduduk mendakwa kejadian kemunculan buaya semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini, termasuk di sungai dan kawasan pesisir pantai.

Advertisement
Penampakan turut dilaporkan di Tanjung Nipis ketika kejadian banjir baru-baru ini, selain di Pantai Marintaman dan Kampung Pintas Kubu.

Seorang penduduk berkata buaya itu sering dilihat berjemur di tebing sungai dan menggesa Jabatan Hidupan Liar mengambil tindakan sewajarnya.

Advertisement
Laporan terkini turut menyebut kemunculan buaya di perairan pantai di Labuan, sekali gus meningkatkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan komuniti setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here