Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Tiada jalan, penduduk Ranau angkut keranda rentas sungai
Published on: Saturday, April 25, 2026
Published on: Sat, Apr 25, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Tiada jalan, penduduk Ranau angkut keranda rentas sungai
PENDUDUK Kg Mantapok merentasi sungai sambil membawa keranda ke tanah perkuburan.
RANAU: Akibat ketiadaan akses jalan yang baik, sekumpulan penduduk di Kampung Mantapok terpaksa membawa keranda merentasi sungai yang dalam dan berbahaya bagi urusan pengebumian ahli keluarga mereka, di sini, pada Selasa.

Menurut seorang penduduk, Weely Yukili, penduduk tiada pilihan lain untuk membawa keranda ke seberang selain menggunakan kaedah tersebut kerana laluan sedia ada tidak boleh dilalui.

Advertisement
“Kami bukan meminta simpati atau perhatian di media sosial, ini adalah realiti yang kami hadapi. Jalan ke kampung kami dari Kampung Miruru ke Kampung Mantapok masih belum dinaik taraf.

“Jalan tanah merah hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda untuk ke Mantapok. Selain itu, jambatan gantung yang menjadi laluan utama penduduk juga sudah terlalu uzur dan tidak lagi selamat digunakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh itu, penduduk terpaksa mencari alternatif dengan menggunakan bot untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan. Persoalannya, sampai bila kampung kami akan terus begini? Diharapkan pihak berkuasa akan mengambil perhatian,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau turut menggesa pihak berkaitan agar tidak menjadikan jumlah penduduk yang kecil sebagai alasan untuk tidak melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut.

Advertisement
“Alasan seperti ini hanya datang daripada mereka yang tidak berperikemanusiaan, kerana penduduk Kampung Mantapok juga manusia. Hentikan memandang rendah penduduk kami dengan kata-kata yang selama ini kami telan, dan jangan menindas golongan minoriti yang kurang diberi perhatian. Salurkan pembangunan secara adil tanpa diskriminasi,” katanya.

Sementara itu, warganet meluahkan simpati terhadap perkongsian tersebut dan berharap pihak berkuasa memberi perhatian serta mengambil tindakan terhadap situasi yang dihadapi penduduk di kawasan pedalaman di negeri ini.

Advertisement
Seorang pengguna turut menggesa kepimpinan tertinggi agar tidak hanya memberi perhatian kepada tragedi seperti kebakaran di Sandakan baru-baru ini, tetapi juga memberi respons serupa terhadap keadaan penduduk di Kampung Mantapok.

Seorang lagi pengguna berkata kekurangan jalan penghubung ke bandar menyebabkan jumlah penduduk di kawasan itu kecil kerana ramai terpaksa berpindah atau tinggal di bandar biarpun hanya menyewa.

“Jika jalan baik, sudah tentu ramai yang mahu tinggal di kampung. Jadi tidak wajar jumlah penduduk dijadikan alasan untuk tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

“Adalah mustahil bagi kami yang tinggal di kampung untuk tidak berusaha mengusahakan tanah, dan kerajaan juga akan mendapat hasil daripada aktiviti pertanian penduduk,” katanya.

Pengguna lain pula menyifatkan perjalanan penduduk ke tanah perkuburan dalam keadaan itu amat menyedihkan dan berharap pihak berkaitan tampil membantu menyelesaikan masalah dihadapi penduduk Kampung Mantapok.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here