Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah beri kelegaan penduduk luar bandar
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
Text Size:
Text:
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah beri kelegaan penduduk luar bandar
PEGAWAI Kewangan Persekutuan Sabah Datuk Norali (kanan) meluangkan masa menyantuni penerima dalam program berkenaan.
KUALA PENYU: Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus memberi kelegaan kepada penduduk kampung khususnya warga emas dan mereka yang tidak memiliki akaun bank. 

Pesara kerajaan Guachin @Geoffery Jusuh, 69 tahun berkata bantuan itu membantu menampung perbelanjaan harian selepas hampir sembilan tahun bersara. 

Advertisement
“Wang yang diterima saya akan guna untuk keperluan dapur serta perbelanjaan bulanan. 

“Ini satu galakan dan boleh ringankan beban perbelanjaan setiap hari dan setiap bulan,” katanya ketika ditemui media semasa Program Penunaian STR Tahun 2026

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi Penerima Tiada Akaun Bank di Kawasan Pedalaman Sabah di Dewan Dato’ Shahbandar Makang pada Sabtu.

Beliau yang baru pertama kali menerima STR mengakui tidak menyangka terpilih sebagai penerima bantuan tersebut. 

Advertisement
Menurutnya beliau hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh pihak kampung melalui JPKK. 

Manakala bagi Penoreh Getah Jafaar Japtin berkata STR yang diterima memberi kelegaan memandangkan pendapatan beliau yang tidak menentu setiap bulan. 

Advertisement
“Kadang-kadang ada RM400 sebulan, ada masa dapat kurang. 

“Jadi bantuan ini saya akan guna untuk menanggung perbelanjaan empat orang anak saya yang masih bersekolah,” katanya yang berasal dari Kampung Berangkuk. 

Sementara itu seorang lagi penerima dari Kampung Menunggang Jokni Junin berkata bantuan STR diterima bagi fasa tiga dan empat digunakan untuk membeli makanan. 

“Bantuan ini untuk beli makanan dan simpan kalau sakit, boleh bayar kos hospital,” katanya. 

Beliau berkata kemudahan mengambil bantuan kini lebih mudah melalui program seumpama ini kerana lokasi lebih dekat dengan kampung. 

“Kalau dulu pergi Beaufort belanja boleh sampai RM50, sekarang dekat saja,” katanya. 

Perubahan itu sekali gus membantu penduduk menjimatkan kos perjalanan. 

Dalam pada itu penduduk turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas bantuan yang disalurkan.

Mereka berharap program seperti STR dapat diteruskan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup terutama di kawasan luar bandar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here