Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Dakwaan kawasan seluas 127.3ha di Pulau Sebatik kini milik Indonesia tidak betul, kata Hajiji
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
Text Size:
Text:
Dakwaan kawasan seluas 127.3ha di Pulau Sebatik kini milik Indonesia tidak betul, kata Hajiji
Hajiji menegaskan dakwaan yang dilaporkan media Indonesia itu tidak betul.
LAHAD DATU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menafikan Malaysia menyerahkan kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik kepada Indonesia.

Hajiji menegaskan dakwaan yang dilaporkan media Indonesia itu tidak betul.

Advertisement
“Kita yang untung, tetapi saya dengan Anwar Ibrahim (perdana menteri) dan Prabowo Subianto (presiden Indonesia) tidak boleh buat kenyataan,” katanya, lapor Berita Harian.

Menurut laporan itu, media Indonesia melaporkan Ketua Staf Presiden M Qodari memaklumkan kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik di Malaysia kini milik Indonesia, hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama, Qodari berkata penyelesaian sempadan itu menyebabkan sebahagian kawasan Indonesia kini termasuk dalam wilayah Malaysia, seluas 4.9 hektar.

Sebelum ini, Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata laporan bercanggah oleh Indonesia dan Kerajaan Sabah mengenai sempadan Sebatik memerlukan penjelasan.

Advertisement
Beliau berkata kenyataan yang semakin terperinci dari Jakarta tidak disertakan dengan respons yang jelas atau terperinci daripada pihak Malaysia.

“Rakyat Sabah berhak mengetahui apa yang telah dibincangkan, apa yang telah dipersetujui dan sama ada sebarang pendirian telah dibuat bagi pihak mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement
Shafie berkata beliau telah membangkitkan perkara itu di Parlimen kerana ia melibatkan kedaulatan, integriti wilayah dan hak perlembagaan Sabah.

Beliau merujuk Perkara 2(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa sebarang perubahan sempadan negeri memerlukan persetujuan Dewan Undangan Negeri dan Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata keperluan perlembagaan itu mesti dipatuhi dalam apa jua perkara melibatkan perubahan sempadan.

Shafie berkata perbincangan dan rundingan antara negara tidak dengan sendirinya membentuk satu perjanjian.

Beliau turut berkata sebarang keputusan yang menjejaskan wilayah Sabah mesti dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here