Wed, 22 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
DBKK selenggara 731 pokok, pastikan lampu jalan tidak terlindung
Published on: Tuesday, April 21, 2026
Published on: Tue, Apr 21, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK selenggara 731 pokok, pastikan lampu jalan tidak terlindung
LAMPU jalan di Lorong Kenari sebelum ini terlindung oleh dahan dan daun tebal pokok yang tumbuh di rizab jalan.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menangani sebanyak 731 pokok sejak beberapa bulan lalu sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan berkala kehijauan di tiga jalan utama dalam kawasan pentadbirannya.

Agensi itu juga memantau keadaan di satu kawasan di Likas bagi memastikan kecerahan lampu jalan tidak terjejas akibat pokok yang terlalu rimbun di sekitarnya.

Advertisement
Tindakan tersebut diambil susulan maklum balas seorang penduduk Taman Likas Jaya yang tidak berpuas hati dengan pencahayaan yang kurang memuaskan di sepanjang jalan menuju ke rumahnya.

Penduduk menyalurkan butiran aduan berkenaan kepada Hotline yang kemudiannya dipanjangkan kepada pihak DBKK.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jurucakap Jabatan Landskap DBKK berkata pihaknya kini sedang menjalankan kerja-kerja pemangkasan pokok di pembahagi jalan di sepanjang Jalan Tuaran – antara Inanam dan Manggatal – serta di Jalan Sepanggar.

PEKERJA landskap menggunakan gergaji berantai untuk memangkas “Cabbage Tree” di Jalan Tuaran.“Sebanyak 217 ‘Cabbage Tree’ (Andira inermis) telah diselenggara di jalan pertama dan setakat ini 254 pokok tanjung (Mimusops elengi) turut ditangani.

Advertisement
“Unit Pengurusan Pokok (TMU) kami telah selesai menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pokok di Jalan Lintas antara Kepayan dan Inanam, awal bulan ini,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 254 pokok kayu manis (Cinnamomum iners) telah dipangkas dalam operasi tersebut.

Advertisement
“Petugas landskap turut membuang pokok menjalar dan tunas baharu yang tumbuh pada pokok sedia ada. 

“Mereka juga menebang enam pokok mati di pembahagi jalan di Jalan Lintas,” ujarnya.

Jurucakap itu berkata sebanyak 25 pokok mati atau berpenyakit telah ditebang oleh DBKK antara Januari hingga Mac sebagai usaha mengurangkan risiko bahaya berkaitan pokok di sekitar ibu negeri Sabah.

Empat pasukan daripada TMU DBKK telah menebang 15 pokok pada Januari, sembilan pada Februari dan satu pada Mac di bawah operasi dikenali sebagai “Ops Pokok Sihat, Bandar Selamat (Healthy Trees, Safer City Operation)”.

“Operasi ini bertujuan melindungi orang awam daripada potensi bahaya akibat pokok tumbang atau dahan yang patah,” katanya.

Beliau berkata anggota unit berkenaan menetapkan sasaran tahun ini untuk memastikan semua pokok di bawah seliaan DBKK berada dalam keadaan selamat dan sihat.

SEPASUKAN anggota TMU membersihkan sisa dahan hasil kerja penyelenggaraan pokok kayu manis di Jalan Lintas.“Petugas TMU akan melakukan pemeriksaan berkala ke atas kesihatan pokok-pokok ini serta memangkasnya mengikut jadual bagi mengurangkan risiko keselamatan yang mungkin timbul daripada tumbuhan ini,” tambahnya.

Beliau berkata mana-mana pokok yang dikenal pasti berisiko tinggi akan ditebang manakala pokok yang berisiko rendah akan dipangkas.

“Yang dimaksudkan sebagai ‘risiko tinggi’ ialah pokok yang telah mati atau mengalami penyakit,” jelasnya.

Beliau berkata sebanyak 15 pemeriksaan berasingan telah dijalankan oleh pasukan TMU antara 9 Januari hingga 4 Mac di 12 lokasi berbeza di bawah seliaan agensi itu.

Antara lokasi terlibat termasuk Taman Malawa Jaya Sepanggar Fasa 1C-3, Jalan Udan Inanam, Jalan Tuaran (Likas), Terminal Bas Inanam, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Tun Fuad Stephens, Jalan Lintas (City Mall), Anjung Senja, Gaya Street, Jalan Belia (UTC), Jalan Lintas Square Luyang dan Kepayan Petagas.

Bagi kawasan Taman Likas Jaya jurucakap itu berkata pemeriksaan turut dibuat di Lorong Burung Kenari sejurus selepas perkara itu dibangkitkan oleh pihak media.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya mendapati pokok-pokok di sepanjang laluan tersebut bukan ditanam oleh DBKK sebaliknya tumbuh secara liar di bahu jalan.

“Lapan orang pekerja kami kembali ke kawasan tersebut beberapa hari kemudian.

“Sebahagian daripada mereka membawa gergaji berantai yang digunakan untuk memangkas dahan-dahan yang telah menceroboh ruang udara lampu jalan di sepanjang jalan berkenaan.

“Sebatang skylift dan sebuah lori lapan tan turut digunakan bagi memudahkan kerja-kerja tersebut,” maklumnya.

Apabila ditanya mengenai kekerapan pemangkasan pokok di kawasan itu, beliau berkata kerja penyelenggaraan dijalankan secara ad hoc iaitu mengikut keperluan semasa.

“Namun begitu demi memastikan lampu jalan kekal berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan teratur, kakitangan kami diarahkan untuk sentiasa memantau keadaan landskap ini dan menangani sebarang isu yang timbul dengan segera,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here