Wed, 27 May 2026
Headlines:
1,000 pokok ditanam di Sook
Published on: Sunday, May 24, 2026
Published on: Sun, May 24, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
1,000 pokok ditanam di Sook
ARTHUR (tiga kiri) menyertai penanaman pokok itu. – Gambar FB Arthur Kurup.
SOOK: Kira-kira 1,000 pokok pelbagai spesies berjaya ditanam di Hutan Simpan Sook Lake di Pensiangan di sini pada Jumaat, sebagai simbolik usaha memperkukuh ekosistem, menstabilkan iklim dan menjamin kelangsungan ekonomi negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata hutan simpan itu dipilih sebagai lokasi Program Penanaman Pokok sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) Peringkat Kebangsaan 2026.

Advertisement
Beliau berkata program penanaman pokok yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad dijayakan menerusi sinergi bersama pemimpin setempat, rakan korporat dan penglibatan aktif generasi muda daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sook serta SMK Trus Madi.

“Saya menyeru masyarakat, khususnya generasi muda agar mengambil peluang menjadi ejen perubahan dengan menjadikan aktiviti menanam pokok sebagai amalan berterusan dan gaya hidup demi masa depan yang sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Arthur, yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, berkata sambutan bertemakan “Hutan dan Ekonomi” pada tahun ini bertujuan mengetengahkan khazanah hijau sebagai sumber ekonomi alternatif yang amat bernilai kepada komuniti, khususnya masyarakat luar bandar sama ada melalui sektor ekopelancongan, hasil hutan mapan mahupun pertanian lestari.

Beliau berkata Sabah bertuah kerana menjadi antara wilayah yang mempunyai liputan hutan tertinggi di Malaysia, sambil menyeru semua pihak supaya terus memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar demi kelangsungan masa depan.

Advertisement
“Hutan kita, khazanah kita, tanggungjawab kita bersama,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here