Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Perkhidmatan mediasi percuma bagi pertikaian dirujuk mahkamah bernilai RM500,000 ke bawah
Published on: Wednesday, April 15, 2026
Published on: Wed, Apr 15, 2026
Text Size:
Text:
Perkhidmatan mediasi percuma bagi pertikaian dirujuk mahkamah bernilai RM500,000 ke bawah
Kota Kinabalu: Pusat Timbang Tara dan Mediasi Antarabangsa Borneo (Bicam) menawarkan perkhidmatan mediasi percuma bagi pertikaian yang dirujuk mahkamah bernilai RM500,000 ke bawah, dalam usaha memperluas akses kepada keadilan khususnya kepada individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah.

Di bawah inisiatif itu, Bicam menanggung sepenuhnya kos mediasi bagi kes yang layak dan dirujuk oleh mahkamah Sabah, sekali gus menghapuskan kekangan kewangan yang sebelum ini mengehadkan akses kepada penyelesaian pertikaian secara profesional.

Advertisement
Pengerusinya, Tan Sri David Wong Dak Wah (gambar), berkata program berkenaan mencerminkan komitmen institusi itu untuk memastikan penyelesaian pertikaian dapat diakses oleh semua pihak.

“Semua kos mediasi ditanggung oleh Bicam, mencerminkan komitmen institusi untuk menjadikan penyelesaian pertikaian lebih mudah diakses, khususnya bagi individu dan perusahaan kecil dan sederhana,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada peranan lebih luas Bicam dalam menyumbang kembali kepada Sabah melalui sokongan terhadap sistem keadilan yang lebih inklusif dan berkesan.

“Inisiatif ini mencerminkan pembangunan berterusan ekosistem penyelesaian pertikaian berteraskan Sabah, yang responsif terhadap keperluan tempatan, dipacu institusi dan berkeupayaan memberikan hasil di lapangan,” katanya.

Advertisement
Sebaik kes dirujuk oleh mahkamah, Bicam akan berhubung dengan pihak terlibat atau peguam mereka, memudah cara pemeteraian Perjanjian untuk Mediasi serta melantik mediator daripada panel profesional bertauliah.

Semua kes yang dirujuk mahkamah dikendalikan oleh mediator yang layak secara pro bono, dengan semakan konflik kepentingan serta prosedur pelantikan dilaksanakan sebelum sesi bermula.

Advertisement
Bicam turut menyediakan kemas kini status mingguan kepada mahkamah bagi memastikan ketelusan serta keselarasan prosiding dengan garis masa kehakiman.

Sesi mediasi diadakan sama ada di fasiliti Bicam di Kota Kinabalu atau melalui platform dalam talian yang selamat. Sekiranya penyelesaian dicapai, hasilnya akan dimuktamadkan melalui perjanjian penyelesaian dan boleh direkodkan sebagai penghakiman persetujuan.

Jika mediasi tidak mencapai penyelesaian, kes akan dikembalikan ke mahkamah tanpa menjejaskan hak mana-mana pihak.

David berkata kerangka itu dirangka bagi membantu mengurangkan lambakan kes di mahkamah selain membolehkan penyelesaian pertikaian dicapai dengan lebih pantas dan praktikal.

Beliau menambah Bicam komited untuk meletakkan Sabah sebagai pusat serantau yang berwibawa dalam bidang timbang tara dan mediasi, berteraskan integriti institusi serta penyampaian perkhidmatan yang tersusun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here