Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Tiga penjawat awam ditahan minta rasuah RM500,000
Published on: Thursday, April 16, 2026
Published on: Thu, Apr 16, 2026
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Tiga penjawat awam ditahan minta rasuah RM500,000
SUSPEK dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau.
Kota Kinabalu: Tiga penjawat awam, termasuk dua pegawai, di sebuah agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 40 hingga 50-an itu reman selama tujuh hari sehingga 22 April selepas permohonan dibuat SPRM kepada Majistret Don Stiwin Malanjum di Mahkamah Majistret Tawau, Rabu.

Advertisement
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek itu ditahan antara jam 4 dan 5 petang Selasa, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau.

Menurutnya, kesemua mereka disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori-lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hinggan 2024 dan telah menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing.

“Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa turut dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan bernilai kira-kira RM500 hingga RM30,000 seorang daripada beberapa buah syarikat kenderaan berat,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here