Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Persatuan Wartawan Kota Kinabalu hargai TYT, Ketua Menteri beri sokongan kepada media
Published on: Tuesday, April 07, 2026
Published on: Tue, Apr 07, 2026
Text Size:
Text:
Persatuan Wartawan Kota Kinabalu hargai TYT, Ketua Menteri beri sokongan kepada media
Kota Kinabalu: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas pengiktirafan serta sokongan diberikan terhadap komuniti kewartawanan di negeri ini.

Pengerusi KKJA Datuk Jimmy Goh (gambar) menyampaikan penghargaan itu ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Media Hari Raya yang dianjurkan Ketua Menteri di Magellan Sutera pada Sabtu lalu.

Advertisement
“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana setiap tahun menjemput wartawan khususnya ahli KKJA untuk bersama-sama meraikan Hari Raya.

“Usaha ini mencerminkan hubungan erat dan kukuh antara kerajaan dan media di Sabah,” katanya. Goh turut merakamkan penghargaan kepada Tun Musa Aman atas penganugerahan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) membawa gelaran Datuk yang menurutnya dikongsi bersama seluruh warga media di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya amat berterima kasih kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Musa Aman dan  Ketua Menteri atas penganugerahan PGDK (Datuk) ini. 

“Pengiktirafan ini amat bermakna bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada komuniti kewartawanan di Sabah,” katanya.

Advertisement
Menurutnya beliau merupakan Pengerusi KKJA pertama yang menerima gelaran Datuk dalam sejarah 35 tahun persatuan itu sekali gus disifatkan sebagai satu penghormatan besar kepada profesion kewartawanan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here