Kota Kinabalu: Kolej Kemahiran Islam Sabah Usia (KKIS) kelolaan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) di Kota Marudu yang menumpukan bidang TVET untuk pelajar lepasan Maahad Tahfiz akan beroperasi tahun ini.
Yang Dipertua Usia Datuk Sapawi Ahmad berkata, inisiatif pihaknya bersama Institut Kemahiran Islam Darul Redzuan (IKDAR) itu kini dalam proses kelulusan permit sebelum dibenarkan melaksanakan operasi sepenuhnya.
Katanya, sebagai permulaan buat masa ini KKIU akan melaksanakan Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau pembelajaran atas talian.
“Sementara menantikan kelulusan lesen, kita buat masa ini telah pun mengadakan pembelajaran secara atas talian atau PJJ untuk pelajar kita yang terdiri daripada lepasan Maahad Tahfiz dan madrasah.
Advertisement





