Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Kelindan lori cabul anak tiri dipenjara dan sebat
Published on: Wednesday, April 08, 2026
Published on: Wed, Apr 08, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kelindan lori cabul anak tiri dipenjara dan sebat
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang kelindan lori yang melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak tirinya dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 45 tahun itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan di pertengahan perbicaraan pada Selasa. Sebelum pengakuan dibuat pihak pendakwaan telah memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama lelaki itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan kerana menyentuh bahagian sulit mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun. Kejadian berlaku di ruang tamu sebuah rumah di Penampang pada pertengahan Julai 2023.

Bagi pertuduhan kedua dia dipenjara lapan tahun lagi serta satu sebatan kerana menyentuh payudara dan pinggul mangsa di dapur rumah yang sama pada pertengahan Jun 2024.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan secara berturutan bermula dari tarikh tangkapan. Selain itu tertuduh turut diperintah untuk menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh hukuman.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan bahawa kejadian-kejadian tersebut berlaku semasa mangsa berusia 13 dan 14 tahun. Mangsa kini berusia 15 tahun.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

Advertisement
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir menggesa mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran (deterrent sentence). 

Beliau menegaskan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan seksual terhadap anak tiri yang sepatutnya dilindungi olehnya.

Fazriel turut menghujahkan bahawa kesalahan tersebut bukanlah insiden terpencil sebaliknya melibatkan dua tindakan berasingan yang menunjukkan corak tingkah laku buruk dan eksploitasi berterusan terhadap mangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here