Fri, 10 Apr 2026
Headlines:
Lelaki rogol dua anak kandung dipenjara 165 tahun, sebatan
Published on: Thursday, April 09, 2026
Published on: Thu, Apr 09, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lelaki rogol dua anak kandung dipenjara 165 tahun, sebatan
SUSPEK diiring keluar dari bilik mahkamah.
LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 54 tahun dijatuhkan hukuman 165 tahun penjara dan 110 sebatan rotan selepas mengaku bersalah merogol dua anak perempuan kandungnya di Mahkamah Sesyen pada Rabu.

Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suhaila Selag.

Advertisement
Mahkamah mengenakan hukuman 15 tahun penjara bagi setiap 11 pertuduhan, dijalankan secara berturutan serta 10 sebatan rotan bagi setiap pertuduhan.

Menurut polis, lelaki itu ditahan selepas laporan dibuat oleh kedua-dua anak perempuannya di Balai Polis Tawau pada 22 Mac.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Jimmy Panyau berkata suspek merogol anak perempuannya yang berusia 25 dan 22 tahun di beberapa lokasi di Lahad Datu dan Tawau.

“Mangsa telah menjadi mangsa penderaan sejak berumur 15 dan 18 tahun dan dipaksa melakukan perbuatan seks di bawah ugutan keganasan sekiranya enggan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Advertisement
Suspek didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

“Suspek menghadapi lima pertuduhan membabitkan anak perempuan berusia 25 tahun dan enam pertuduhan membabitkan anak perempuan berusia 22 tahun serta satu pertuduhan tambahan membabitkan seorang wanita lain. Kesalahan ini membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here