SEMPORNA: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah ini menahan dua lelaki dalam operasi berasingan di Kampung Batu dan Kampung Perigi pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Semporna Tan Hiap Wah berkata suspek pertama iaitu lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan kira-kira jam 10.30 pagi di kawasan Kampung Batu selepas polis menemui plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki syabu.
Advertisement
_E.jpg)
“Suspek kedua pula lelaki warga asing berusia 54 tahun yang ditahan kira-kira jam 5.50 petang di Kampung Perigi selepas polis menemui 5.10 gram dadah dipercayai syabu,” katanya.
Menurut beliau kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tan berkata polis akan terus mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah.
Advertisement

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam dadah,” tegasnya.