Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Bantu pesakit dialisis berdikari
Published on: Sunday, April 05, 2026
Published on: Sun, Apr 05, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Bantu pesakit dialisis berdikari
DARI kiri: Adzhar, Affendy dan Ahmad.
KOTA KINABALU: Pesakit dialisis di sini menggesa agensi serta jabatan berkaitan meningkatkan peluang dan bantuan kepada individu yang hidup dengan penyakit buah pinggang kronik, menyatakan ramai masih tidak tahu mengenai bentuk sokongan yang tersedia untuk mereka.

“Ada yang boleh buat kuih, ada yang mahir menghasilkan kraftangan. Mereka ada kemahiran tetapi tidak tahu cara menjual secara dalam talian. Agensi berkaitan boleh membantu mereka memulakan sesuatu secara kecil-kecilan,” kata Mohammad Adzhar Awang, 35.

Advertisement
Beliau antara tiga pesakit dialisis jangka panjang yang ditemui Daily Express pada majlis sambutan Hari Raya Yayasan Buah Pinggang Sabah yang diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di sini.

Adzhar, yang hidup dengan gangguan buah pinggang sejak berusia lima tahun dan mula menjalani dialisis pada 2015, berkata pesakit muda menanggung beban lebih berat kerana ramai sukar mendapatkan pekerjaan berikutan keperluan rawatan yang memerlukan tiga sesi seminggu, setiap satu mengambil masa beberapa jam.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here