Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Guru sambilan didakwa amang seksual pelajar lelaki
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru sambilan didakwa amang seksual pelajar lelaki
Kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang guru sambilan berusia 46 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki.

Adrian Charles mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Advertisement
Adrian dituduh melakukan kesalahan tersebut terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun dengan meminta mangsa melakukan seks oral terhadapnya pada jam 4 petang, 16 Julai 2025 di sebuah rumah di Penampang.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 11 Mei untuk pengurusan kes dan membenarkan Adrian diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan dua penjamin tempatan.

Selain itu Adrian diarahkan melapor diri di Balai Polis Penampang sekali sebulan, menyerahkan pasportnya (jika ada) kepada mahkamah dan diingatkan supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis sebelum ini membantah permohonan jaminan Adrian atas alasan kesalahan tersebut tidak boleh dijamin dan tertuduh mungkin mengganggu saksi pendakwaan.

Bagaimanapun peguam Bartholomew Jingulam yang mewakili Adrian memohon jaminan diberikan kerana anak guamnya bukan risiko melarikan diri dan tidak akan mengganggu saksi. 

Advertisement
Bartholomew turut mencadangkan syarat tambahan dikenakan oleh mahkamah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here