Kota Kinabalu: Gabriel Peres membantu Sabah FC ‘mencuri’ gol penyamaan saat akhir akhir pada perlawanan pertama Final Piala Cabaran MFL 2025/2026 yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada Sabtu.
Pemain pertahanan tengah Brazil itu mendapatkan gol tersebut menerusi sepakan penalti selepas dia dikasari oleh penjaga gol Ramadhan Hamid pada masa kecederaan.
Advertisement
_E.jpg)
Gol penting itu menafikan peluang Penang FC untuk membawa kelebihan satu gol ketika mereka menuju ke perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium Likas pada 19 April ini.
Perlawanan bermula memberangsangkan untuk pasukan tuan rumah dengan mereka telah terlepas deretan peluang untuk mendahului pada separuh masa pertama.
Penyerang utama mereka Dylan Wenzel-Halls sentiasa menjadi ancaman kepada pertahanan Sabah tetapi tidak dapat menepati sasaran.
Sehinggalah minit ke-70 apabila dia menyambut umpanan Faith Obilor untuk meletakkan pasukannya di hadapan dengan penyudah klinikal.
Advertisement

Sabah FC turuut mencipta beberapa peluang pada separuh masa pertama dengan Chris Marlon Ondong-Mba tersasar dua kali dan Dean Pelekanos turut menyaksikan rembatannya hanya beberapa inci melepasi palang.
Ketua jurulatih Badak, Juan Torres Garrido melahirkan rasa puas hati dengan keputusan seri walaupun pasukannya pincang dengan hanya 16 pemain boleh diturunkan untuk kunjungan tersebut atas pelbagai sebab.
Dia juga berharap pemainnya dapat menjadi lebih klinikal di hadapan gawang dalam perlawanan timbal balik nanti dan menggesa mereka untuk meningkatkan dan berkongsi peluang menjaringkan gol.
“Saya pasti kami boleh melakukan lebih baik dengan pasukan ini. Kami telah menjaringkan banyak gol daripada pemain yang sama (Adjin Mujagic) sebelum dia pergi.
“Para pemain mungkin terlalu bergantung kepadanya pada masa lalu, dan mereka kini mesti belajar memikul beban ini secara kolektif. Sudah tiba masanya untuk semua orang menyumbang dan mula menjaringkan gol,” katanya.
Sementara itu, Sabah FC seterusnya akan menentang Selangor FC dalam perlawanan liga di tempat lawan pada 11 April.