SOOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid, Jordan Jude, menggesa Majlis Daerah Keningau mengambil tindakan segera bagi menangani isu limpahan sampah yang semakin meruncing di sekitar pekan Sook.
Kegagalan pihak pengurusan sisa pepejal memastikan kutipan sampah dilaksanakan mengikut jadual telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan komuniti perniagaan yang terkesan dengan keadaan persekitaran yang semakin tidak terurus.
Isu tersebut bukan sahaja menjejaskan penampilan pusat pekan, malah menimbulkan bau busuk kuat sehingga mengganggu keselesaan orang ramai yang berkunjung ke kawasan berkenaan.
Jordan berkata kontraktor yang dilantik mesti menunaikan tanggungjawab dan mematuhi jadual kutipan sampah dengan tegas bagi mengelakkan sisa pepejal melimpah serta menjejaskan imej pekan Sook sebagai salah satu pusat penting di kawasan pedalaman.
Advertisement





