KUNAK: Cadangan untuk mengaktifkan semula jeti pendaratan ikan di Kampung Pangkalan berhampiran pasar basah di sini, akan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan, khususnya bagi aktiviti pemunggahan hasil laut oleh nelayan pesisir dan vesel laut dalam.
Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap Adun Kunak, Datuk Seri Anil Sandhu berkata kedudukan jeti Kampung Pangkalan sejak dahulu menjadi tumpuan kapal nelayan untuk berlabuh dan memunggah hasil laut bagi pasaran tempatan.
Menurutnya, pasar ikan sedia ada di kawasan berkenaan terletak di Kampung Pangkalan dan berada bersebelahan jeti pendaratan yang menghadap ke laut, dengan keluasan kawasan yang selesa serta sesuai untuk bot dan vesel nelayan berlabuh.
“Saya melihat jeti pendaratan ikan di sini wajar diaktifkan semula bagi membolehkan bot-bot nelayan memunggah hasil laut mereka,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya, yang diadakan di kawasan lapangan lot parkir Jeti Kampung Pangkalan Hujung, pada Jumaat.
Advertisement





