Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia usia 83 tahun
Published on: Sunday, April 05, 2026
Published on: Sun, Apr 05, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia usia 83 tahun
Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik
Kuala Lumpur: Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik, 83, meninggal dunia pagi Sabtu.

Perkara itu disahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Advertisement
“Kami menerima berita sedih mengenai Tun Dr Ling yang meninggal dunia hari ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dr Ling dilahirkan pada 13 Sept 1943 di Kuala Kangsar, Perak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mendapat pendidikan awal di King Edward VII School, Taiping sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada University of Singapore pada 1966.

Memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum aktif dalam politik dengan menyertai MCA pada 1968, Ling mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Ong Ee Nah, serta dikurniakan dua anak lelaki, Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

Advertisement
Mendiang pernah menjadi Ahli Parlimen Mata Kuching selama tiga penggal dari 1974 hingga 1982 serta Ahli Parlimen Labis selama empat penggal dari 1986 hingga 1999.  Sepanjang tempoh itu, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan termasuk Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here