Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Tukang masak dilepas dan dibebaskan pertuduhan kes pandu berbahaya
Published on: Saturday, March 14, 2026
Published on: Sat, Mar 14, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Tukang masak dilepas dan dibebaskan pertuduhan kes pandu berbahaya
SIM (tengah) mengucapkan terima kasih kepada peguamnya selepas prosiding mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang tukang masak berusia 43 tahun dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat daripada pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki enam tahun lalu.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir perbicaraan penuh.

Advertisement
Mahkamah kemudian memerintahkan Sim Yun Kong dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Sim didakwa memandu sebuah kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki Klaus Friedrich Walter Knolke pada 10 Mac 2020 kira-kira jam 7.38 malam di Jalan Tun Fuad Stephens.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi manakala Sim menjadi satu-satunya saksi bagi pihak pembelaan.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Khairul Nizam Mokhtar dan Inspektor Irianshah Bakar.

Sim diwakili peguam Ariel Dasan dan Dominic Chew.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here