Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki dipenjara simpan video lucah dalam telefon
Published on: Wednesday, March 11, 2026
Published on: Wed, Mar 11, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki dipenjara simpan video lucah dalam telefon
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 48 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada Selasa kerana memiliki video lucah dalam telefon bimbitnya.

Chin Ket Kiong mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus kerana memiliki video lucah dalam telefon bimbit pada 5 Mac kira-kira jam 8.30 malam di sebuah unit rumah di Jalan Bundusan, Penampang.

Advertisement
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan bahawa polis bertindak atas maklumat dan menjalankan operasi Ops Pedo di premis berkenaan sebelum memeriksa telefon bimbit tertuduh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemeriksaan ke atas peranti itu mendapati Chin telah mengakses serta menyimpan imej dan video pornografi yang melibatkan orang dewasa dan kanak-kanak.

Polis kemudian merampas telefon bimbit tersebut.

Advertisement
Siasatan lanjut mendapati Chin menyimpan video lucah berkenaan sebagai koleksi peribadinya.

Chin yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan mempunyai anak yang masih kecil.

Advertisement
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh berhujah bahawa tertuduh melakukan kesalahan serius kerana bukan sahaja memiliki bahan pornografi melibatkan orang dewasa malah turut melibatkan kanak-kanak.

Menurutnya pemilikan bahan seperti itu bukanlah jenayah tanpa mangsa kerana setiap video mencerminkan trauma fizikal dan psikologi yang dialami kanak-kanak terbabit.

“Dengan menyimpan koleksi seumpama itu tertuduh secara tidak langsung menyokong permintaan terhadap jenayah seperti ini. 

“Ini bukan kes melibatkan satu fail yang diperoleh secara tidak sengaja,” katanya.

Kareena turut memaklumkan bahawa polis menemui 32 video sedemikian dalam telefon tertuduh sekali gus menunjukkan bahan itu dimuat turun dan disimpan secara sengaja.

Kareena menambah bahawa bahan tersebut telah dilaporkan kepada National Centre for Missing and Exploited Children (NCMEC) yang seterusnya memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum tindakan lanjut diambil.

Majistret Dzul Elmy memerintahkan Chin menjalani hukuman penjara bermula Selasa.

Dalam kes lain seorang lelaki didenda RM1,200 atau dua bulan penjara kerana terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di tempat awam.

Mohd Alsam Sulbin mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 22 Februari kira-kira jam 1.33 tengah hari di kaki lima sebuah kedai di pekan Tanjung Aru.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here