Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Perlu tingkat peruntukan pembangunan Kiulu: Joniston
Published on: Tuesday, March 10, 2026
Published on: Tue, Mar 10, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Perlu tingkat peruntukan pembangunan Kiulu: Joniston
JONISTON (kiri) ketika memberikan taklimat.
KIULU: Peruntukan pembangunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kiulu perlu ditingkatkan bagi membolehkan kawasan berkenaan merealisasikan potensinya sebagai hab pelancongan serta pertanian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata keperluan menaiktaraf infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik sangat penting bagi menyokong pertumbuhan mampan di kawasan terbabit.

Advertisement
“Pembangunan sektor pelancongan dan pertanian secara menyeluruh mampu meningkatkan kesejahteraan mahupun kedudukan ekonomi masyarakat tempatan.

“Infrastruktur yang lebih baik termasuk jalan raya, jambatan dan kemudahan asas lain akan memudahkan pelancong serta pelabur datang ke Kiulu selain membantu petani dan usahawan kecil mendapat akses lebih luas ke pasaran serta perkhidmatan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Rubin Balang di Pejabat Daerah Kecil Kiulu pada Isnin.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jambri, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Myrna Jimenez, Pegawai Daerah Kecil Kiulu Leprus Esuvas Giswa serta pegawai kanan kementerian.

Advertisement
Terdahulu Rubin turut mengadakan lawatan tapak ke dua projek pembangunan utama di Kiulu iaitu jambatan konkrit Bayag dan bangunan sekretariat daerah kecil yang kini berjalan mengikut jadual.

Jambatan Bayag yang menghubungkan lebih 20 kampung serta menyokong perkembangan pekan Kiulu dijangka siap pada Oktober 2027 manakala bangunan sekretariat daerah kecil dijangka siap pada Julai 2027.

Advertisement
Joniston yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri turut memaklumkan Kiulu kini muncul sebagai model pelancongan luar bandar selain dalam usaha menyertai rangkaian Cittaslow yang berpotensi menjadikannya bandar pertama di Malaysia menyertai gerakan antarabangsa yang menekankan gaya hidup berkualiti, mampan dan kesejahteraan komuniti.

“Inisiatif pembangunan industri kecil berasaskan pertanian juga diteroka bagi membantu petani dan pengusaha tempatan menjana pendapatan melalui pemprosesan makanan, kraftangan dan pengalaman farm-to-table.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here