Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kes dera anak: Bapa, dua anak didakwa
Published on: Friday, March 06, 2026
Published on: Fri, Mar 06, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kes dera anak: Bapa, dua anak didakwa
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang bapa bersama dua anak didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas pertuduhan mendera anak keempatnya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Rayner Riset, 43, Arizona Nerence Rayner, 23, dan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun masing-masing mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Advertisement
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun kira-kira jam 1 petang pada 21 Januari lalu di sebuah rumah di Kampung Mansiang, Manggatal.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk pengurusan kes praperbicaraan.

Ketiga-tiga tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin tempatan serta beberapa syarat tambahan.

Advertisement
Antara syarat tersebut ialah mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah (jika ada) dan tidak berkomunikasi atau menghubungi mangsa serta mana-mana saksi pendakwaan.

Kegagalan mematuhi syarat berkenaan boleh menyebabkan jaminan mereka dibatalkan.

Advertisement
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Dk Afiqah Alya Ak Johari membantah permohonan jaminan atas alasan mangsa kini tinggal bersama datuknya yang menetap di kampung sama dengan kediaman Rayner.

Dk Afiqah Alya berhujah terdapat kemungkinan tinggi tertuduh mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan yang lain.

Menurutnya mangsa sebelum ini telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diserahkan kepada datuknya selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Sementara itu, peguam Lawrence Lim yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan dengan alasan Rayner merupakan satu-satunya pencari nafkah keluarga.

Lim berkata isteri Rayner yang belum bercerai dengannya telah meninggalkan keluarga dan sekiranya jaminan tidak diberikan tiada siapa yang dapat membayar yuran persekolahan empat orang anaknya.

Bagi Arizona dan adiknya yang berusia 18 tahun, Lim memaklumkan bahawa Arizona kini bekerja dan merancang menyambung pengajian diploma di sebuah kolej swasta manakala adiknya sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tambahnya lagi ketiga-tiga tertuduh sebelum ini telah direman selama lima hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here