Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Berang bayi menangis, lelaki tumbuk teman wanita hingga lebam
Published on: Tuesday, March 03, 2026
Published on: Tue, Mar 03, 2026
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Berang bayi menangis, lelaki tumbuk teman wanita hingga lebam
Suspek lelaki diburu polis selepas menumbuk teman wanita dalam kejadian Rabu lalu. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA: Berang dengan tangisan bayi berusia 10 bulan, seorang lelaki menumbuk muka teman wanitanya sehingga lebam dalam kejadian di sebuah kondominium di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Ketua Polis Sentul, Basri Bin Sagoni, berkata mangsa warga tempatan berusia 44 tahun mendakwa kejadian berlaku di bilik sewanya di Sky Awani 2 sekitar 11 malam.

Advertisement
Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan kenalan mangsa sejak Januari lalu bertindak agresif selepas hilang sabar mendengar tangisan anak wanita itu.

“Mangsa turut mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii tanpa kerelaan oleh suspek di lokasi sama keesokan harinya. Akibat kejadian, mangsa mengalami kesakitan di bahagian terbabit.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Mangsa juga diugut oleh suspek dengan berkata ‘jangan beritahu sesiapa, nanti kau tahu la nasib kau, aku boleh buat apa-apa sahaja’ menyebabkan mangsa berasa terancam,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati tiada kesan kemasukan seperti didakwa mangsa.

Advertisement
Basri berkata, mangsa dan suspek tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan dan lelaki itu hanya menumpang di bilik sewa tersebut.

Menurutnya, polis kini giat mengesan suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here