Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Lelaki cedera kereta masuk gaung
Published on: Monday, March 02, 2026
Published on: Mon, Mar 02, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki cedera kereta masuk gaung
ANGGOTA bomba menyelamatkan pemandu Perodua Kembara yang masuk gaung.
TAWAU: Seorang lelaki, 54, cedera selepas Perodua Kembara dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Simpang 4, Jalan Bukit TV di sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata pasukannya menyematkan mangsa, yang diberikan rawatan awal oleh unit EMRS Bomba sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Advertisement
Balai itu menerima panggilan kecemasan pada jam 8.07 malam dan tiba di lokasi kira-kira 10 kilometer dari balai, pada jam 8.25 pagi.

“Operasi menyelamat dijalankan dengan pantas dan selamat. Setelah memastikan tiada bahaya lain operasi ditamatkan pada jam 8.28 malam,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi itu melibatkan sepasukan lapan anggota termasuk pegawai diketuai Zouragana Konin. 

Dalam insiden berasingan pada hari sama, kebakaran memusnahkan dua unit rumah kongsi pekerja di Jalan Kubota Taman Pinery Height.

Advertisement
Sepasukan 15 anggota dikejarkan ke lokasi. Jemishin berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 2.38 petang dan pasukan itu tiba di lokasi pada jarak enam kilometer pada 2.44 petang. 

Kebakaran berjaya dikawal jam 3.05 petang. 

Advertisement
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.32 petang setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here