Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Paras Sungai Padas bahaya, beberapa jalan ditutup
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Paras Sungai Padas bahaya, beberapa jalan ditutup
Ketua Polis Daerah Beaufort, Wong Leong Meng
BEAUFORT: Paras Sungai Padas mencecah tahap bahaya 10.10 meter setakat jam 6 pagi Sabtu, memaksa penutupan beberapa jalan utama di daerah ini dan Membakut kepada semua kenderaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Wong Leong Meng, mengesahkan penutupan jalan dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sebagai langkah keselamatan bagi melindungi orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.

Advertisement
Antara jalan yang ditutup kepada lalu lintas ialah Jalan Balai Polis, Jalan Mahkamah, Jalan Pertanian, Jalan Kampung Bingkul, Jalan Mempagar, Jalan Suasa, Jalan Kampung Bangkalalak, Jalan Kampung Luagan, Jalan Lumatai, Jalan Limbawang Bypass, Jalan Bulatan Limau Pekan, Jalan Pekan Beaufort serta Jalan Kampung Brunei di Membakut.

Menurut beliau, terdapat juga beberapa laluan yang dinaiki air namun masih boleh dilalui dengan berhati-hati, termasuk jalan dari Kilometer 2 Jalan Beaufort–Sipitang sehingga Jalan Kampung Bukau.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Katanya, pemantauan serta kawalan lalu lintas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak meredah kawasan banjir, mematuhi arahan pihak berkuasa serta merancang perjalanan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang risiko.

Advertisement
“Jangan cuba meredah air banjir kerana terdapat kemungkinan kehadiran haiwan berbisa dan berbahaya seperti kala jengking, lipan dan ular, selain risiko buaya yang mungkin memasuki kawasan banjir,” katanya.

Situasi semasa terus dipantau rapi berikutan peningkatan paras air Sungai Padas yang menunjukkan trend menaik sejak kebelakangan ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here