Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Segerakan projek tebatan banjir RM350 juta bagi Beaufort
Published on: Saturday, February 28, 2026
Published on: Sat, Feb 28, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Segerakan projek tebatan banjir RM350 juta bagi Beaufort
Isnin berkata faktor geografi menjadi punca utama daerah itu kerap dilanda banjir memandangkan Beaufort adalah kawasan lembah dan tadahan air yang menerima limpahan hujan dari daerah pedalaman seperti Keningau, Tenom dan Tambunan, selain berdepan risiko pertembungan air pasang besar.
BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Isnin Aliasnih pada Jumaat memohon Kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan projek tebatan banjir bernilai RM350 juta yang dicadangkan tahun lepas bagi menangani masalah banjir berulang di Beaufort.

Beliau berkata projek itu penting bagi mengurangkan beban rakyat yang saban tahun berdepan bencana itu, malah Beaufort telah dilanda banjir sebanyak empat kali setakat Februari tahun ini, dengan kejadian terbaharu disifatkan sebagai yang terbesar bagi 2026.

Advertisement
Isnin berkata faktor geografi menjadi punca utama daerah itu kerap dilanda banjir memandangkan Beaufort adalah kawasan lembah dan tadahan air yang menerima limpahan hujan dari daerah pedalaman seperti Keningau, Tenom dan Tambunan, selain berdepan risiko pertembungan air pasang besar.

“Tahun lepas, Beaufort mengalami 20 kali banjir, dan satu kali banjir besar. Beaufort memang sinonim dengan banjir. Memang kami sentiasa jangka kerana tanah Beaufort ini adalah tanah separas dengan laut, ketinggiannya sama dengan laut.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Keduanya, Beaufort adalah sepuluh daerah yang sentiasa menerima hujan lebat sepanjang tahun. Jadi Beaufort memang sentiasa akan dilanda banjir apabila menerima hujan yang lebat,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Isnin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah telah mengemukakan cadangan projek tebatan banjir kepada Kerajaan Persekutuan termasuk mendalamkan Sungai Padas serta mengorek muara yang mengalami kecetekan.

Advertisement
Beliau berkata projek tebatan banjir itu juga merangkumi menambah cabang muara dari dua ke tiga muara di Sungai Padas dan menambak tebing sungai.

Selain itu, beliau turut mencadangkan pembinaan jajaran baharu di daerah itu, iaitu pintasan Landayan-Lumat sebagai laluan alternatif ketika banjir, memandangkan ketika ini Beaufort hanya mempunyai dua laluan utama, iaitu Jalan Bingkul dan pintasan Limbawang yang sering terputus apabila dinaiki air.

Advertisement
“Jajaran baharu yang telah kami namakan pintasan Landayan-Lumat ini akan membolehkan menyelesaikan masalah bila berlaku banjir kerana laluan di Beaufort ini dua saja. Satu jalan Bingkul, kedua pintasan Limbawang. Bila Bingkul tenggelam, dia lari kepada pintasan tapi sekarang dua-dua tenggelam, orang tak boleh lari ke mana,” katanya.

Beliau berkata anggaran kos pembinaan jajaran baharu sepanjang kira-kira lapan hingga sembilan kilometer itu adalah sekitar RM45 juta dan berharap ia dapat diberi pertimbangan segera demi kepentingan rakyat Beaufort serta pengguna laluan dari Kuala Penyu dan Labuan.

DUN Klias adalah satu daripada dua kawasan DUN di bawah Parlimen Beaufort.

Setakat 12 tengah hari Jumaat, sebanyak 1,462 mangsa daripada 513 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di daerah Beaufort susulan banjir yang melanda kawasan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here